Penjaga gol skuad kebangsaan Thailand, Kawin Thamsatchanan berpeluang untuk menjadi penjaga gol nombor satu OH Leuven setelah salah satu pemain dipanggil bagi beraksi dalam saingan Copa America edisi tahun ini.

Rafael Romo, penjaga gol dari Venezuela bakal terlibat dalam saingan Copa America yang akan berlangsung pada Jun dan Julai nanti dan Kawin mempunyai peluang cerah untuk menampilkan prestasi cemerlang sekaligus menjadi pilihan utama bagi menjaga gawang Leuven pada musim 2021/2022 nanti.

Kawin Thamsatchanan
OUD-HEVERLEE, BELGIUM – NOVEMBER 5: Kawin Thamsatchanan of OH Leuven during the game between OH Leuven (aspiranten) and STVV at the OH Leuven training grounds on November 5, 2019 in Oud-Heverlee, Belgium. (Photo by Plumb Images)

Romo yang menyertai Leuven dari kelab Denmark, Silkeborg IF ketika ini menjadi pilihan utama pengendali pasukan, Marc Brys bagi mengawal pintu gol pada perlawanan Jupiler Pro League musim ini.

Ketiadaan Romo membolehkan Kawin untuk bersaing bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama dimana beliau akan dicabar oleh dua penjaga gol muda dari Belgium iaitu Celestin De Schrevel (18) dan Oregan Ravet (19).

Kawin Thamsatchanan kembali ke Leuven setelah menghabiskan tempoh pinjaman bersama kelab Jepun, Hokkaido Consadole Sapporo tahun lalu. Beliau dikaitkan dengan beberapa kelab Thailand seperti Port dan Muangthong United tapi lebih memilih untuk kembali ke Belgium.

Baca artikel lain mengenai pemain Asia Tenggara di Eropah di sini:

Kawin Thamsatchanan Kembali Sertai Kelab Belgium, OH Leuven

Luka Elsner Mahu Luqman Hakim Berikan Saingan Kepada Pemain Lain

Nuno Espirito Santo Puji Kualiti Dimiliki Oleh Nathaniel Shio Hong Wan