Menurut sebuah akaun laman sosial penyedia statistik sukan terkenal dunia iaitu Opta, dalam perlawanan AFC Champions League diantara Kawasaki Frontale bertemu JDT semalam, pasukan bimbingan Toru Oniki itu gagal merekodkan sebarang ‘shot on target‘!

Data itu dikeluarkan oleh OptaJiro, akaun yang mengemaskini data mengenai sukan di Jepun, sejurus tamat perlawanan tersebut kira-kira jam 11.54 malam.

Mari kita lihat apa yang ditulis oleh OptaJiro dengan lebih jelas.

Dalam ciapan melalui laman sosial Twitter diatas, OptaJiro menjelaskan bahawa;

Shot on target Kawasaki Frontale, dalam perlawanan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah 0 (jumlah shot adalah 6).”

“Sejak Toru Oniki masuk sebagai ketua jurulatih pada 2017, dalam 2 kejohanan iaitu J1 dan AFC Champions League, ini adalah kali pertama Kawasaki Frontale gagal mencatatkan sebarang shot on target.”

Untuk statistik ringkas perlawanan semalam, sila rujukan grafik yang telah disediakan oleh pihak AFC diatas.

Ini adalah pentanda jelas bahawa dalam perlawanan semalam, skuad bimbingan Toru Oniki berjaya dihalang oleh para pemain JDT dari melakukan sebarang ancaman merbahaya kearah pintu gol.

Tahniah JDT!

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Toru Oniki:”Perasaan Kecewa Memang Kuat, Kami Akan Bersiap Untuk 3 Mata Ahad Ini!”

Hadi Fayyadh Cipta Sejarah Pemain Malaysia Pertama Turun Beraksi Dalam Saingan J.League!

JDT Kutip RM425,455 Dari 2 Kemenangan, Peluang ‘Sailang’ MA Ranking Vietnam Dan Thailand