Penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel memberikan jawapan nakal ketika wartawan bertanya tentang ‘bola sepak sedang pulang ke rumahnya’ atau football’s coming home – yang menjadi slogan orang Inggeris sejak Euro 1996 lagi.

Bola sepak pulang ke tempat rumah merujuk kepada satu kata alu aluan orang Inggeris kepada sukan bola sepak yang hari ini dimainkan berdasarkan peraturan dan acuan yang dimulakan di England.

Bola sepak ada sejarah yang panjang dalam penciptaannya. Namun FIFA mengiktiraf bola sepak yang kita mainkan pada hari ini, berasaskan bola sepak di England.

Jadi kali terakhir bola sepak pulang ke rumahnya adalah pada 1966 ketika England menang Piala Dunia.

Piala Dunia dan Euro merupakan dua kejohanan major yang menjadi medan kepada orang Inggeris melaungkan slogan tersebut.

Kasper Schmeichel hadir dalam sidang media sebelum perlawanan. England mara ke separu akhir buat kali ketiga dalam sejarah Euro.

Denmark merupakan negara kecil yang memiliki sejarah unik. Di mana pada 1992, Denmark menjadi juara.

Ketika itu, Denmark sebenarnya sudah tersingkir daripada kelayakan. Namun mendapat slot wild card menggantikan Yugoslavia yang disingkirkan seminggu sebelum perandingan bermula – atas alasan politikal.

Denmark yang dianggap hanya pelengkap jadual, membuat kejutan dengan menjuarainya. Ayah Kasper, Peter Schmeichel berada di gawang ketika negara mereka menempa sejarah luar biasa itu.

Kasper sedar bahawa England adalah pasukan pilihan dalam perlawanan kali ini, ditambah dengan venue perlawanan di Wembley.

Di jalanan di seluruh bandar, bergema sorakan ‘bola sepak sedang pulang ke rumahnya’. Lalu Kasper turut ditanya dengan soalan adakah dia mampu untuk menghalang bola sepak yang kali ini kemungkinan benar benar pulang ke rumahnya.

Sterling England

Kasper berkata: “Adakah bola sepak pernah pulang sebelum ini? Saya tidak tahu,” katanya pada sidang media sambil tersenyum.

“Adakah kamu pernah menang [Piala Eropah]?” 1966? Bukankah itu Piala Dunia?”

“Saya lebih memikirkan apa yang saya mahu lakukan dengan Denmark. Saya hanya fokus sedikit pada pasukan England,” tambah beliau lagi.

England akan berhadapan dengan Denmark dalam aksi separuh akhir. Pemenang akan bertemu dengan Itali yang baru sahaja menyingkirkan Sepanyol dalam satu lagi aksi di Wembley.

Baca juga artikel

Wenger: “Beza Itali Dengan Sepanyol, Setiap ‘Shot’ Itu Adalah Ancaman Gol”

Ruggeri Mahu Patahkan Kaki Neymar Kerana Tak Beretika Dan Suka Mengaibkan Lawannya

UEFA Jelaskan Kenapa Ronaldo Di Atas Schick Dalam Carta Kasut Emas