Salah satu kelab yang beraksi di divisyen utama Liga Jepun, Kashiwa Reysol dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap negara, Arif Aiman Hanapi.

Perkara ini dikongsikan oleh salah satu laman berita sukan di Jepun iaitu Football Tribe dimana Kashiwa menjadi kelab terbaru yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 20 tahun itu.

Sebelum ini, The Star melaporkan ada beberapa kelab yang sedang memperhatikan perkembangan Arif tetapi pemain itu menegaskan beliau tidak mempunyai perancangan untuk meninggalkan kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam waktu dekat.

“Saya tidak memberi perhatian kepada kelab luar negara. Fokus saya adalah bersama JDT. Musim ini saya mahu membantu pasukan untuk tampil dengan baik dalam saingan AFC Champions League (ACL). Saya percaya kita mempunyai kualiti untuk bersaing. Sebagai pemain, saya mahu membawa pasukan hingga ke pusingan 16 pasukan terakhir.

Musim lalu, JDT berjaya mara ke peringkat 16 pasukan terakhir dimana mereka dibelasah oleh Urawa Red Diamonds dengan keputusan 5-0. Urawa turut berjaya mara ke perlawanan akhir.