Ketua jurulatih Selangor, Karsten Neitzel memuji persembahan yang ditampilkan oleh pemain muda pasukan pada perlawanan Liga Super menentang Kedah Darul Aman (KDA) di Stadium MBPJ semalam.

Karsten menurunkan pemain seperti Danial Asri, Aliff Haiqal, Shahrul Nazeem dan pemain import muda, Jordan Ayimbila dalam kesebelasan utama dan prestasi yang ditampilkan oleh keempat pemain mendapat pujian jurulatih dari Jerman itu.

Pemain Muda
Sumber Gambar: Selangor FC

“Semua pemain menampilkan persembahan terbaik. Pemain muda seperti Jordan, Shahrul dan Aliff mereka menampilkan prestasi yang baik.

“Saya harus melakukan analisis mengenai pemain yang diturunkan pada perlawanan malam ini (semalam). Keputusan tidak memihak kepada kami. Namun secara keselurugan mereka beraksi dengan baik,” kata Neitzel pada sidang media selepas perlawanan.

Pemain muda Selangor tampil lebih baik pada perlawanan semalam berbanding pemain lain dalam pasukan khususnya Shahrul Nazeem dimana beliau menampilkan gandingan mantap bersama Tim Heubach.

Pemain Muda
Sumber Gambar: Selangor FC

Aliff Haiqal dan Danial Asri juga menampilkan persembahan yang bertenaga dimana masing-masing pemain turut mempunyai peluang untuk menjaringkan gol namun gagal memanfaatkan peluang yang diperoleh.

Pada perlawanan Liga Super seterusnya, Selangor akan berdepan dengan pasukan Perak.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Dollah Salleh:”Dengan 1 Gol Mereka Fikir Macam Dah Cukup, Mahu Striker Baharu Kalau Boleh Tukar.”

Sri Pahang Dan Terengganu Berkongsi Satu Mata

FAM Kaji Penggunaan VAR Di Liga Thailand Dan Liga Vietnam