Pasukan Selangor dikhabarkan telah melantik ketua jurulatih baharu dimana nama Karsten Neitzel dikatakan bakal menjadi pengendali baharu kelab dari Lembah Klang itu.

Salah sebuah laman ternama, Transfermarkt mendedahkan Pengarah Teknikal Selangor, Michael Feichtenbeiner telah membawa jurulatih berusia 52 tahun itu untuk menjadi ketua jurulatih pasukan musim hadapan.

Karsten dilaporkan akan memulakan tugas pada 1 Disember ini dan menegaskan bahawa beliau berazam untuk mengembalikan Selangor ke zaman kegemilangan seperti sebelum ini.

“Satu peluang yang baik apabila dapat mengendalikan sebuah kelab tradisional Asia dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan pasukan.

“Apa yang pasti, saya gembira kerana dapat melakukan perkara yang berbeza. Kini saya kembali menikmati permainan bola sepak.

Karsten Neitzel
Sumber Gambar: Getty Images

“Kami mahu membentuk satu pasukan yang mana dekat dengan penyokong. Para pemain perlu sepenuh hati beraksi untuk pasukan manakala penyokong pula harus sepenuh hati mengokong kami. Untuk kami, tugas mengendalikan Selangor akan menjadi pengalaman yang tersendiri,” kata Karsten Neitzel.

Neitzel bakal membawa Carsten Nulle (jurulatih penjaga gol) dan Marco Grimm (physiotherapy) bagi membantu beliau ketika menggalas tugaa sebagai ketua jurulatih.

Neitzel sendiri mempunyai pengalaman mengendalikan pasukan Asia dimana beliau pernah dilantik sebagai ketua jurulatih kelab Jepun, Urawa Reds Diamond pada 2009 hingga 2010.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Jurulatih Dan Pemain Tangisi Ketiadaan Piala Malaysia Musim Ini

Delegasi Pahang Rangers Lawat Pusat Latihan JDT

RASMI: MFL Umum TM Piala Malaysia 2020 Dibatalkan, Terengganu Sah Raih Slot AFC Cup 2021