Pasukan Selangor FC semalam telah berjaya mengutip 3 mata penuh selepas menumpaskan pasukan Sri Pahang dengan keputusan 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Nota: Oliver Buff menjaringkan 2 gol dan Shahrel Fikri turut mencipta 1 jaringan dalam perlawanan itu.

Dalam sidang media selepas perlawanan itu, ketua jurulatih Selangor FC iaitu Karsten Neitzel memberikan beberapa komen mengenai perlawanan tersebut dimana beliau jelas agak gembira dan yakin untuk perlawanan seterusnya.

“Kami ada 3 perlawanan pra musim dalam tempoh 18 hari dan hanya sekali berjaya menjaringkan 1 gol padang dan 1 lagi melalui set-piece.”

“Kita juga cuba bermain dengan less contact dan less touches dibahagian depan, dan pemain telah memberikan aksi terbaik serta layak untuk pulang dengan 3 mata.”

Oliver Buff Beraksi Cemerlang, Pemain Lain Juga Jalankan Tugas Dengan Baik

“Tidak mudah sebenarnya hari ini namun Oliver Buff beraksi dengan baik, tetapi apa yang lebih penting bagi saya adalah kami beraksi secara berpasukan. Itu yang mustahak.”

“Ya, Oli (Oliver Buff) menjaringkan 2 gol, tetapi pemain-pemain lain juga melaksanakan tugas dengan baik, itu yang lebih utama. Semangat berpasukan semua 20 pemain kami hari ini sangat bagus dan ini amat penting untuk masa depan kami.”

“Pastinya pemain-pemain memerlukan masa untuk mempamerkan aksi berbeza, mungkin hari ini adalah Oli namun jangan lupa dengan Ifedayo. Dia memegang anugerah kasut emas sebelum ini.”

“Kebiasaannya dia (Ifedayo) melakukan secara berseorangan tetapi hari ini dia bergandingan dengan Alif Haikal. Ini adalah satu petanda yang amat baik dan saya sangat gembira serta yakin untuk perlawanan seterusnya.”

Kemasukan 2 Pemain Untuk Press Pertahanan Sri Pahang

Menjawab soalan mengenai perubahan yang dilakukannya ketika Sri Pahang mengasak hebat, Karsten menjelaskan bahawa beliau mahu memberikan tekanan yang tinggi kepada pertahanan tengah pasukan itu.

“Ketika saya melakukan pertukaran Aliff (Haiqal) dan (Ahmad) Danial, Selangor FC perlu memberikan tekanan lebih tinggi kepada pemain pertahanan tengah Sri Pahang.”

“Ini adalah kerana Eky (Shahrel Fikri) dan Ifedayo banyak membuat larian, dan kemasukan 2 pemain itu adalah keputusan yang tepat.”

Karsten juga turut menjelaskan bahawa Brendan Gan mengalami kecederaan buku lali dan dijangka akan menyertai skuad dalam masa terdekat.

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan melalui pautan dibawah.

Dalam Tempoh Kurang 2 Jam Dilancarkan, Jersi Away 2021 Selangor FC ‘SOLD OUT’ Begitu Sahaja

Penyokong Kuala Lumpur ‘Bengang’ Dengan Pengurusan Pasukan, #TAMKeterehOut Jadi Perhatian

Norshahrul Idlan Talaha Beri Pengesahan Akan Terima Medal Kejuaraan Thai League 2020/2021