Penjaga gol yang juga kapten pasukan kebangsaan Thailand, Siwarak Tedsungnoen dalam satu temubual bersama media pada sesi latihan di UM Arena semalam menyatakan sedikit kebimbangan menjelang perlawanan bertemu Malaysia esok.

Pemain Buriram United itu ketika menjawab pertanyaan media menjelaskan bahawa perbezaan jenis rumput di Malaysia dan Thailand mampu memberikan kesan kepada persembahan pasukan dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kita sudah tahu mengenai keadaan rumput yang cukup berbeza dan permukaan padang yang lebih licin. Namun, kami akan cuba untuk menyesuaikan diri lagi sebaik mungkin dengan keadaan begini.

75462416_2791249467606408_3338766112572571648_o

“Bertemu Malaysia bukanlah satu perlawanan yang mudah. Mereka mempunyai pemain yang laju dan fizikal yang kuat.

Menurut Siwarak lagi, kekuatan Malaysia boleh dilihat dengan jelas dari prestasi ketika kejohanan AFF Suzuki Cup 2018 yang lalu dimana pasukan Malaysia mara ke perlawanan akhir bertemu Vietnam dan menggesa semua pemain Thailand untuk lebih fokus dan berhati-hati serta tidak melakukan sebarang kesilapan.

Nittiphong Selanon, Calon Utama Kekang Safawi-Sumareh

Pemain Port FC yang baru sahaja muncul juara Thai FA Cup, Nittiphong Selanon adalah pemain yang disebut-sebut bakal diturunkan sebagai pemain pertahanan kanan dalam perlawanan bertemu Malaysia esok menyatakan bahawa tiada perbezaan dan masalah dari segi cuaca berbanding di Thailand.

Namun, keadaan stadium (permukaan padang dan rumput) adalah berbeza. Beliau juga lebih memberikan fokus kepada taktikal permainan untuk mengatasi pihak lawan (Malaysia) berdasarkan perancangan Akira Nishino.

74643537_2791251114272910_7907954602132111360_o

“Cuaca di Kuala Lumpur tiada perbezaan dengan kami (Thailand), cuma keadaan stadium adalah berlainan. Tetapi semuanya terletak kepada aksi diatas padang dan taktikal pasukan akan menentukan segalanya.

“Saya fikir keadaan rumput yang lebih tebal mungkin tidak memberikan kesan kepada permainan saya. Kami telah mengkaji gaya permainan pemain Malaysia dan Akira Nishino telah memberikan cadangan bagaimana untuk mengawal mereka. Kita akan berlatih taktikal ini sekali lagi.

Thailand bakal turun bertemu Malaysia esok untuk terus mengekalkan kedudukan teratas kumpulan G, manakala Malaysia pula mahu menewaskan Thailand bagi mencerahkan peluang untuk layak ke peringkat seterusnya.

Baca juga artikel berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Tonggak Pertahanan Thailand, Manuel Tom Bihr Jangka Kemenangan Di Bukit Jalil Dan Seri Bertemu Vietnam

Senarai 23 Pemain Malaysia Bertemu Thailand Dan Indonesia, 3 Pemain Digugurkan Termasuk Shahrel Fikri

Top 5 Kelab Thai League Yang Mencatat Kutipan Tiket Dan Jualan Merchandise Paling Tinggi Musim 2019.