Dalam sidang media pra perlawanan persahabatan Malaysia bertemu Sri Lanka disebelah pagi tadi, kapten pasukan Sri Lanka menyatakan bahawa mereka telah yakin dan bersedia untuk bertemu pasukan Malaysia malam esok.

Kavindu Ishan menjelaskan mengenai perkara itu dari perspektif pemain untuk menghadapi perlawanan esok yang juga merupakan persediaan bagi Sri Lanka dengan Korea Selatan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 pada 10 Oktober nanti.

“Bagi saya ini merupakan satu perlawanan yang bagus untuk kedua belah pihak memlakukan persiapan pasukan.

“Kami sudah bersedia dari segi mental dan fizikal menjelang perlawanan bertemu Malaysia esok dan akan turun beraksi mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh jurulatih.

Annotation 2019-10-04 150935

“Kami akan mengambil pengalaman dari perlawanan ini sebelum berangkat ke Korea Selatan bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022.

Kapten pasukan Sri Lanka itu kini berusia 26 tahun dan beraksi bersama pasukan Air Force dalam saingan Sri Lanka Champions League 2019.

Dalam 5 perlawanan terakhir pasukan Sri Lanka, mereka tewas dalam 4 perlawanan dan hanya menang 1 perlawanan sahaja apabila diberikan kemenangan percuma 3-0 selepas pasukan Macau gagal hadir untuk perlawanan kelayakan pusingan Piala Dunia 2022.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia bertemu Sri Lanka adalah pada 12 Oktober 2018 dalam satu perlawanan persahabatan di Colombo. Dalam perlawanan itu skuad negara menang dengan keputusan 4-1 hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha, Adam Nor Azlin dan 2 gol oleh Sumareh.

Baca juga artikel mengenai pergerakan mata FIFA Ranking Malaysia dalam beberapa perlawanan sebelum ini sebagai rujukan.

Ramalan Pergerakan Mata FIFA Ranking Malaysia Bulan Oktober 2019

Beto Goncalves Yakin Indonesia Akan Mara Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022

Ramalan Pergerakan Mata FIFA Ranking Malaysia Bertemu UAE

Mongolia Cipta Sejarah Baharu, Kejutkan Myanmar Di Kelayakan Piala Dunia 2022