Kapten pasukan kebangsaan Peru, Paolo Guerrero tidak akan beraksi dalam kejohanan Piala Dunia 2018 selepas tempoh penggantungan beliau dilanjutkan sehingga Januari 2019.

Menurut sebuah portal sukan,  CBC Sports, memberitahu bahawa ‘Court of Arbitration’ telah menerima rayuan dari Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) untuk melanjutkan tempoh hukuman penggantungan Poalo Guerrero dari 6 bulan kepada 12 bulan.

Secara keseluruhannya, Paolo Guerrero dikenakan penggantungan selama 14 bulan dari semua aktiviti bola sepak.

Paolo Guerrero berusia 32 tahun, telah bersedia untuk mengetuai Peru dalam saingan Piala Dunia Russia 2018, sejak kali terakhir layak pada 1982. Beliau juga telah tersenarai dalam skuad yang bakal mengadakan persiapan sebelum senarai akhir dikeluarkan.

nintchdbpict000403980796-e1525786035817

Menurut laporan, Paolo Guerrero gagal melepasi ujian saringan selepas air kencing beliau mengadungi benzoylecgonine iaitu satu metabolit kepada dadah kokain. Sebarang penggunaan dadah kokain adalah dilarang oleh WADA.

Peguam Guerrero menyatakan, anak guamnya itu tidak mengambil sebarang ubat untuk meningkatkan prestasi, tetapi ia berpunca dari air teh yang telah bercampur atau mengandungi dengan bahan itu.

guerrero-800×500

Bagaimanapun pihak panel menyatakan walaupun beliau tidak berniat untuk mempertingkatkan prestasi, tetapi ianya juga adalah kecuaian dipihak Paolo sendiri.

FIFA pada Disember 2017, membuat keputusan mengurangkan tempoh penggantungan selama 1 tahun – sehingga 3 November, kepada 6 bulan, yang membolehkan Paolo beraksi di Piala Dunia Russia 2018.

2 minggu lalu, bekas pemain Bayern Munich itu kembali beraksi untuk Flamengo dan berjaya menjaringkan gol pertama sejak penggantungan bermula tahun lalu.

Sumber