Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris mendedahkan dalam Berita Harian mengakui penularan wabak COVID-19 yang mengakibatkan penangguhan Liga Malaysia pada musim ini memberi sedikit kesan dari segi kewangan pasukannya.

Wabak pandemik itu menyebabkan ekonomi negara telah terjejas sehingga memberi masalah kepada syarikat penaja untuk terus memberi penajaan ditambah pula dengan ketiadaan pendapatan dari segi kutipan tiket.

“Kedah ada sedikit terkesan, kalau kata tak terkesan tu tipu lah, ya sedikit terkesan daripada segi kewangan. Sebagai contoh baru-baru ini semasa perlawanan tanpa penyokong di Stadium Darul Aman sewaktu Kedah bertemu Selangor, yang mana kita sasarkan itulah hasil kutipan tiket antara yang paling banyak, mungkin selepas JDT dan Pahang yang mana mereka antara pasukan yang terkuat.

“Berkenaan dengan penaja pula, disebabkan terjejasnya ekonomi negara dari segi COVID-19, ini akan menjadi payah untuk pihak syarikat penaja nak beri penajaan dan apa yang kita minta setakat ini pun mereka dah terkesan dan kita tahu kalau syarikat besar ni mereka juga mengalami kerugian yang besar berbanding syarikat kecil,” katanya.

82586862_3025721484126975_6720287748403494912_o
FOTO: Kedah FA

Bagi mengatasi masalah itu, Asmirul berkata badan induk bola sepak negeri itu sedang berusaha untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik termasuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi mengelakkan isu tunggakan gaji pemain.

“Kita mungkin kena minta bantuan daripada kerajaan negeri dan dari segi penajaan pula, kita kena tengok macam mana keadaannya dan kita kena bincang balik, kalau mereka tak beri boleh beri banyak mereka beri sedikit.

“Di samping itu saya juga berharap akan ada sumbangan bersama, mungkin saya akan bercakap dengan pihak pengurusan KFA kalau siapa yang dapat gaji tu sumbangkan balik, dan yang mana gaji mahal tu kenalah bantu.” jelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Football League (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan minggu lalu membayangkan tempoh penangguhan saingan Liga Malaysia mungkin akan berlanjutan sehingga bulan Jun jika kes wabak COVID-19 meningkat ke tahap yang membimbangkan.

Baca artikel lain berkaitan dengan kesan penularan wabak COVID-19 sehingga menjejaskan sukan bola sepak.

Presiden FIFA Bayangkan Bola Sepak Dunia Bakal Lingkup Akibat COVID-19

Tiada Acara Bola Sepak Sukan Olimpik 2020, IOC Dan Jepun Setuju Untuk Tangguhkan Pada Tahun 2021

J.League Umum Tunda 94 Perlawanan Liga Dan Piala Liga Sehingga Pertengahan Mac 2020 Akibat COVID-19