Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) hari ini mengumumkan pemain import baharu kedua mereka untuk saingan Liga Malaysia musim 2022 iaitu Dechi Marcel N’Guessan.

Pemain tersebut cukup popular dalam kalangan peminat bola sepak Terengganu dan digelar sebagai ‘kante ganu’.

Pemain berusia 30 tahun berwarganegara Ivory Coast ini memulakan karier di Liga Malaysia ketika 2 musim bersama UiTM FC pada 2017 dan 2018. Aksi cemerlang beliau mendapat perhatian pasukan Pantai Timur apabila diikat selama 3 tahun dengan Terengganu FC pada musim lepas,

Dechi Marcel menunjukkan belangnya yang sebenar dengan aksi berkualiti mengatur serangan serta menjaringkan gol-gol penting membantu pasukannya ketika itu.

Berdasarkan rekod, Marcel telah menjaringkan 2 gol dalam 20 penampilan bersama Terengganu dalam saingan Liga Super. Beliau juga pernah dipilih sebagai pemain tengah terbaik bulanan PFAM dan berada dalam kesebelasan utama terbaik mingguan pilihan MFL.

Beraksi di posisi tengah, kehadirannya dilihat mampu menampung ketiadaan bekas kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar yang memilih untuk beraksi dengan pasukan Sabah musim depan. Beliau juga berpeluang beraksi dalam saingan Piala AFC bersama KDA FC.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Tempatan melalui pautan dibawah. 

Hakka Clo Plt Pembekal Rasmi Kelengkapan Sukan Sri Pahang Dengan Nilai Tajaan RM1.13 Juta

Syafiq Ahmad Akan Dipinjamkan Ke Kelab Lain Untuk Dapatkan Lebih Banyak Minit Permainan

Syazwan Andik Dan Fadhli Shas Sah Sertai Melaka United

Selangor Beri Makna Cukup Besar Buat Nidzam Jamil