Pemain import Korea Selatan, Kang Seung-jo mengambil keputusan untuk meninggalkan skuad The Red Warriors dan kembali ke negaranya dengan menyertai Gyeongnam FC.

Seung-jo mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia bermula 2018 lalu dengan menyarung jersi pasukan Pulau Pinang. Pemain berusia 34 tahun itu menghabiskan dua musim bersama Penang sebelum berhijrah ke Kelantan.

Namun, aksi Seung-jo bersama Kelantan musim ini terhad kerana Liga Malaysia terpaksa dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Setelah tidak beraksi selama lebih empat bulan, Kang Seung-jo memutuskan untuk kembali ke negara beliau dengan menyertai Gyeongnam sekaligus dapat kembali beraksi secara kompetitif.

Selain itu, masalah kewangan yang dihadapi oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika ini dilihat menjadi salah satu faktor Seung-jo meninggalkan pasukan itu.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan di sini:

Dickson Nwakaeme Berharap Kelantan Segera Bangkit Dari Kejatuhan

Enam Lagi Kes FIFA Sedang Menanti Pasukan Kelantan Membabitkan Tunggakan Gaji Lebih RM1.5 Juta

Tiada Jutawan Berminat Selamatkan Pasukan Kelantan