Harry Kane sudah pasti akan dikenang sebagai legenda Tottenham Hotspur. Namun pada fasa sekarang ini beliau adalah pemain yang paling hebat yang tidak pernah menang sebarang trofi major dalam kariernya.

Spurs masih bersaing dalam Piala Carabao dan juga Liga Europa musim ini, untuk menamatkan kemarau tersebut terutama sekali buat sang kapten mereka yang setia.

Di peringkat antarabangsa, harapan itu juga masih ada untuk beliau. Seorang peminat Spurs menyenaraikan kenapa Harry Kane menjadi pemain terhebat dari kalangan pemain di lima liga utama Eropah yang tak pernah memenanangi trofi major.

Pertamanya, Kane merupakan pemain regular untuk Spurs selama 7 musim pada ketika ini. Dan beliau juga merupakan pemain yang menjadi timbalan kapten di Spurs.

Seterusnya, dalam kariernya setakat ini, Harry Kane menjaringkan sekurang kurangnya 25 gol setiap musim daripada 7 musim tersebut – dalam semua pertandingan. Beliau juga mencatatkan 41 gol, 35 gol dan 31 gol dalam 3 musim prolifik beliau.

Secara keseluruhan Kane sudah menjaringka 159 gol daripada 233 penampilan. Dalam kabinet Kane, ada 2 trofi kasut emas menandakan beliau sebagai penggempur paling berbisa dalam liga.

Kane hanya dipisahkan dengan 2 gol daripada penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah EPL iaitu Robbie Fowler.

Pencapaian individu beliau juga termasuk menjadi kesebelasan tahunan PFA untuk lima kali.

Di peringkat antarabangsa, Kane menjadi kapten pasukan kebangsaan negaranya. Berada dalam senarai ranking kelima untuk penjaring terbanyak sepanjang zaman buat England.

Kane juga memenangi dua kali memenangi Pemain Terbaik Tahunan Pasukan Kebangsaan England. Pada 2018, Kane menjadi pemenang kasut emas Piala Dunia.

afp_en_d53279a31285344f4d28b2e0a289af933b8430e2

Dengan segala rekod yang dia ada, untuk pemain yang tiada trofi major dalam karier, tidak mungkin ada pemain lain lebih baik daripada beliau.

Kesetiaan Kane kepada Spurs sukar dipertikaikan, walaupun mungkin selepas ini beliau akan mencari kelab baharu yang mampu menawarkannya lebih peluang mendapatkan trofi?

Ketika ini Spurs dilatih oleh pengurus yang memiliki memenangi trofi untuk setiap kelab yang beliau uruskan. Adakah Keane akhirnya akan mendakap trofi bersama dengan Jose Mourinho?

Baca juga perkembangan lain

PSG Tewas, Di Maria Menangis Dikeluarkan Awal Kerana Keluarganya Dirompak

Ronaldo: ‘Benar Sejarah Disimpan Di Muzium, Namun Ini Bola Sepak!’

Chris Wilder Tinggalkan Sheffield Kerana Tak Sehaluan Dengan Pemilik Pasukan

Sumber