Kapten England , Harry Kane pakai lilitan pelangi pada Piala Dunia 2022 yang akan datang. Seakan akan sudah menjadi satu trend ketua pasukan menggunakan lilitan kapten yang membawa mesej tertentu di atas padang.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:

Sebelum ini Robert Lewandowski mengumumkan bahawa dia akan memakai lilitan kapten dengan bendera Ukraine tanda solidariti kemanusiaan kepada negara jiran kepada Poland iaitu Ukraine yang diserang Rusia.

Berbeza dengan kapten antarabangsa England itu, Kane pakai lilitan pelangi kerana mahu bersolidariti kepada kumpulan mengamalkan hubungan bebas tanpa mengira jantina.

Kane membawa mesej yang kuat kerana Qatar merupakan negara Islam yang ada hukuman mati ke atas pesalah hubungan sejenis.

Kane membawa kempen One Love yang turut disokong oleh pasukan England.

Selain itu Kane juga akan berjumpa dengan pekerja imigran di Qatar 2022 tanda sokongan kepada mereka. Ini selepas banyak laporan yang menyebut bahawa Qatar melakukan penindasan ke atas pekerja asing.

Sebelum ini pasukan kebangsaan Jerman pernah membuat protes dalam padang sebelum perlawanan berkaitan dengan isu kemanusiaan melibatkan pekerja asing yang membina stadium di Qatar.

Kane pakai lilitan pelangi

Kane sudah menyatakan hasratnya itu beberapa bulan lalu selepas kapten Jerman mahu menggunakan lilitan pelangi tanda sokongan kepada kumpulan songsang itu.

Namun kini ESPN mengesahkan bahawa Kane pasti akan memakai lilitan pelangi tersebut.

Kerajaan Qatar sebelum ini sudah memberikan amaran agar mana mana pelancong sukan yang datang ke Qatar dan mereka merupakan pengamal hubungan songsang agar tidak terlalu terang terangan menunjukkan orientasi mereka.

Qatar pada masa yang sama tidak melarang golongan songsang ini bertandang ke Qatar untuk menyaksikan Piala Dunia. Tetapi menasihatkan bahawa, kalau boleh, elakkan diri daripada mengibarkan atau menayangkan logo yang menunjukkan sokongan kepada LG*TQ kerana ia boleh menyinggung sentimen rakyat tempatan di sana.

Qatar menegaskan bahawa mereka tak akan merampas sebarang bendera pelangi dikibarkan di stadium atau di perkarangan sukan. Tetapi pegawai keselamatan mereka akan menggunakan budi bicara untuk menasihati pelancong sukan ini agar menyimpan bendera mereka berdasarkan situasi tertentu.