Harry Kane akhirnya mengeluarkan kenyataan media rasmi berkenaan dengan tuduhan beliau sengaja ponteng latihan minggu ini tanpa alasan munasabah.

Beberapa media mulai mengaitkan Harry Kane dengan sudah tiada hati untuk bermain bersama Spurs lagi kerana mahu ke Manchester City.

Kane dikecam sebagai tidak profesional kerana masih bercuti di Bahamas ketika sesi latihan pra musim sudah bermula.

Spurs turut dikatakan tidak gembira dengan Kane dan mahu mengambil tindakan ke atas pemain itu.

Semalam Kane menerusi Twitternya telah menjelaskan keadaan sebenar situasinya. Menyatakan dia sangat terluka membaca beberapa komen yang mempersoalkan profesionalismenya.

Kane menyatakan bahawa dia akan kembali berlatih pada Sabtu seperti yang dirancang.

“Hampir 10 tahun sejak saya membuat debut untuk Spurs. Untuk setiap tahun tersebut, kamu – penyokong Spurs – telah memberikan saya sokongan sepenuhnya dan sayang kamu kepada saya.”

“Sebab itulah apabila saya terluka membaca beberapa komen yang dibuat minggu ini, mempersoalkan profesional saya.”

“Walaupun saya tidak akan menjelaskan secara spesifik tentang situasi ini. Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak akan sesekali menolak untuk turun berlatih.”

“Saya tidak akan melakukan sesuatu yang merosakkan hubungan yang telah terjalin antara saya dengan penyokong yang selama ini memberikan saya sokongan tidak berbelah bagi sepanjang saya berada di kelab ini.”

“Ianya akan sentiasa begitu, sama juga dengan apa yang berlaku hari ini.”

Laporan di UK menyatakan, Harry Kane yang baru balik dari percutiannya, perlu untuk menjalani kuarantin secara peribadi sebelum menjalani saringan covid-19. Kane dijangka akan menyertai Spurs di pusat latihan pada minggu hadapan.

Namun Kane menegaskan bahawa dia akan kembali pada hari ini, Sabtu.

Pengurus baharu Spurs, Nuno Espirito masih belum bercakap lagi dengan pemain itu.

Baca juga artikel

Guardiola Akui Mahukan Kane, Namun Messi Tiada Dalam Radar City

Laporta: Leo Sedih Dan Mahu Kekal, Namun Itu Akan Membuatkan Kelab Menanggung Risiko 50 Tahun

Real Kritik La Liga ‘Sign’ Perjanjian Membuta Tuli, Sebaik Sahaja Pengumuman Messi Oleh Barcelona