Harry Kane legenda Tottenham, tertera pada satu banner oleh peminat yang berada di dalam stadium.

Masa depan kapten antarabangsa England itu bersama Spurs masih tidak menentu. Ini selepas Kane dilaporkan bertemu dengan pengurusan Spurs sebelum ini untuk memberitahu bahawa beliau mahu angkat kaki.

Dalam aksi terakhir Spurs di Stadium Tottenham, Harry Kane dilihat memberikan tepukan agak emosional ke arah para peminat yang hadir.

Ramai yang mulai merasakan bahawa ini adalah aksi terakhir Kane bersama Spurs.

Kane berjalan di dalam padang ke beberapa penjuru untuk menyatakan terima kasihnya kepada para penyokong Spurs.

Tottenham tewas 1-2 di tangan Aston Villa dalam aksi yang penting untuk mereka – dalam usaha ke Liga Europa pada musim hadapan.

Spurs mendahului seawal minit ke-38, menerusi Steven Bergwijn. Namun Villa bangkit dengan dua gol untuk menang. Gol pertama Villla adalah kesilapan daripada Sergio Reguilon yang ter-voli bola ke gawang sendiri.

Manakala gol kedua adalah satu lagi kesilapan Reguilon yang dihukum Ollie Watkins.

Harry Kane gagal menjaringkan gol dalam perlawanan kali ini. Beliau dikaitkan dengan banyak kelab elit di Eropah. Ini termasuk beberapa kelab di England sendiri.

Manchester City, Manchester United dan Chelsea antara kelab yang sedia bersaing mendapatkan Harry Kane.

Kane sudah lama bersama Spurs. Dengan jumlah gol yang sangat banyak dalam kariernya bersama Spurs, Kane gagal memenangi sebarang trofi major.

Mungkin sudah tiba masanya untuk Kane mencuba angin baharu di dalam kariernya.

Daniel Levy sudah memberikan bayangan bahawa kelab masih mahu Kane kekal dan sedia menawarkan kontrak besar kepada pemain itu.

Baca juga artikel

Kane Pemain Terhebat Yang Tak Pernah Menang Trofi Major?

Duo Kane-Son Cemerlang, Mourinho Anggap Ia Kerana Pengurusan Lama

Neville Anggap Perpindahan Kane Menepati Tradisi Man United