Pemain tengah meningkat naik Port FC, Kanarin Thawornsak menjadikan Liga Malaysia sebagai salah satu destinasi sekiranya beliau beraksi di luar Thailand.

Kanarin merupakan pemain skuad B-23 Tahun Thailand dan beliau telah meletakkan sasaran untuk beraksi dalam saingan J. League sekaligus mengikut jejak langkah senior beliau seperti Chanathip Songkrasin, Theerathon Bunmathan dan Teerasil Dangda.

“Kini saya perlu berusaha lebih keras bersama Port FC bagi memastikan saya dapat beraksi di peringkat tertinggi sekaligus mewakili pasukan kebangsaan seperti pemain yang lain.

Kanarin Thawornsak
Kanarin Thawornsak. Sumber Gambar: Ballthai

“Saya mempunyai impian untuk beraksi di luar negara. Jika ada peluang, saya mahu beraksi di J. League, lebih tepatnya bersama Jubilo Iwata kerana saya kagum dengan persekitaran dan juga fasiliti di sana.

“Jika ada peluang beraksi di Eropah, saya akan memilih Sepanyol. Namun jika ada tawaran dari pasukan Asia Tenggara, saya ingin beraksi di Malaysia kerana saya mempunyai pengalaman ketika bersama Ratchaburi Mitr Phol FC apabila menjalani perlawanan pra musim di sana,” kata Tanarin Thawornsak.

Selain Tanarin, seorang lagi pemain Thailand yang juga rakan sepasukan beliau di Port, Adisak Kraisorn turut menyuarakan minat beliau untuk beraksi di Liga Malaysia sebelum bersara daripada pentas bola sepak profesional.

Baca artikel lain mengenai pemain yang berminat untuk beraksi di Liga Malaysia di sini:

Anak Rivaldo, Rivaldinho Tertarik Untuk Beraksi Di Liga Malaysia

Anak Romario, Romarinho Ingin Beraksi Di Liga Asia Tenggara

Adisak Kraisorn Mahu Beraksi Di Liga Malaysia Sebelum Bersara