Usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengenal pasti pemain naturalisasi dan pemain kacukan bagi memperkuatkan pasukan kebangsaan memasuki babak baru apabila mereka ditawari lima pemain kacukan oleh seorang ejen dari England.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengesahkan beliau menerima email dari ejen yang menyatakan seramai lima pemain kacukan yang kini beraksi di luar negara berada di bawah naungannya.

stuart-ramalingam
Sumber Gambar: Stadium Astro

“Bukan saja jurulatih dihubungi ejen, FAM dan saya sendiri pun dapat email dari ejen.

“Tapi saya ada satu perjumpaan dengan seorang ejen yang mengatakan dia ada lima pemain berdarah campuran yang bermain di luar Malaysia,” kata Stuart menurut laporan Berita Harian.

Tambah Stuart, beliau bersetuju untuk mengadakan perjumpaan dengan ejen terbabit kerana menganggap mereka mempunyai maklumat yang tidak dimiliki FAM.

“Dia mahu bagi nama kepada saya. Mungkin kadang-kadang mereka ada maklumat yang kita tiada.

“Senarai lima pemain itu saya tak tahu, kena tunggu perbincangan lanjut itu dulu,” tambahnya.

Matthew Davies

Setakat ini, beberapa pemain kacukan telah beraksi bersama pasukan kebangsaan antaranya Matthew Davies, Brendan Gan, Darren Lok dan Natxo Insa.