Frank Lampard sekali lagi menyatakan beliau tidak memikirkan soal kejuaraan EPL dan menepis pandangan bahawa Chelsea merupakan calon juara EPL musim ini selepas berbelanja sangat besar.

Lampard berbelanja lebih £200 juta untuk menguatkan pasukannya musim ini.

Namun sebaliknya legenda Chelsea itu menyatakan bahawa pasukannya bukan Liverpool ataupun Man City untuk menjadi pilihan juara.

Chelsea berdepan dengan dua kekalahan berturut turut dalam dua perlawanan terakhir. Mereka kini 9 mata di belakang Liverpool, dan lebih 1 perlawanan.

Liverpool memenangi liga musim lalu dengan 99 mata.

Lampard menegaskan Chelsea yang ada pada hari ini perlukan masa lagi untuk membentuk kesefahaman yang kuat sebagai satu pasukan.

“Realitinya sekarang, kami bukan Liverpool musim lepas ataupun Man City musim sebelumnya yang menang menang dan menang. Kami dalam proses perubahan dan harus bersedia menghadapi beberapa detik sukar.”

https://twitter.com/9_breaking_news/status/1340581134091083776

“Sebab itulah saya konsisten berkata tentang kami pada dua ataupun tiga minggu lepas apabila ada pihak mulai bercakap bahawa pasukan kami harus memenangi liga.”

“Alasan saya adalah, ada pasukan lain yang sudah bersama lebih lama, di mana ia memberikan keyakinan kepada pasukan dan mereka boleh berhadapan dengan apa jua keadaan dalam perlawanan dengan lebih baik.”

“Itu semua sebahagian daripada proses pembangunan pasukan, kita ada beberapa orang pemain muda dan masa berlalu, membuatkan mereka menjadi lebih kuat pada masa ini.”

“Sebab itu, setiap kali kamu kalah, kamu harus mengambil iktibar daripadanya.”

Chelsea akan turun berhadapan dengan West Ham hari ini.

Baca juga perkembangan lain

Mourinho Kecam Sikap Beberapa Pemainnya

EPL: Manchester United Bantai Leeds 6-2 Dan Berada Dalam Landasan Persaingan Kejuaraan

EPL: Liverpool ‘Juara’ Natal Sekali Lagi Selepas Belasah Palace 7-0