Pengurus Everton, Frank Lampard menggesa agar para pemainnya menunjukkan kualiti lebih baik untuk mengelakkan penyingkiran dari EPL.

Namun pada masa yang sama Frank Lampard tidak risau dengan penyingkiran. Kerana menurutnya, mereka pasti akan kekal di EPL untuk musim hadapan.

Everton kalah 2-1 di tangan West Ham. Membuatkan The Toffees kini berada di tangga ke-17. Hanya 3 mata di atas zon penyingkiran.

Ini adalah kekalahan ketujuh Lampard daripada 11 perlawanan sebagai pengurus Everton.

Pada Rabu, Everton akan berdepan dengan pasukan di tangga ke-19, Burnley. Ianya disifatkan Peter Reid sebagai perlawanan paling besar dalam 24 tahun ini. Kerana ianya boleh menentukan sama ada Everton akan tersingkir atau kekal di EPL.

Lampard kekal tenang. Kerana masih ada 10 perlawanan lagi untuk mereka hadapi.

“Kami pada kedudukan ini, dan sedar realitinya, namun kami masih ada 10 perlawanan. Masih ada banyak mata untuk kami cuba raih,” kata bekas pengendali Chelsea itu.

“Jika kami terus kekal berada pada landasan yang kami tunjukkan, saya percaya kami akan baik baik sahaja.”

West Ham mendahului menerusi sepakan percuma cantik daripada Aaron Cresswell pada separuh masa pertama.

Namun pada awal separuh masa kedua, Everton menyamakan kedudukan menerusi Mason Holgate.

Malang sekali lagi buat Everton apabila mereka ketinggalan sekali lagi, 5 minit kemudian menerusi Jarrod Bowen.

Lantas Lampard menuntut para pemainnya menunjukkan kualiti sebenar mereka.

“Kami harus menunjukkan lebih kaulti, dan kami memilikinya dalam kelompok ini, kualiti untuk kami kekal.”

“Everton ada sejarah dan penyokong yang besar. Pada masa ini, kita sedang berusaha untuk melalui detik sukar ini. Saya sendiri dan para pemain sedang memberikan segalanya. Penyokong pun tahu bahawa, jika kami terus mengekalkannya [usaha] dalam 10 perlawanan terakhir kami, maka kami akan OK.”

Everton sentiasa beraksi di liga utama England sejak 1954-55. Pengurus West Ham, David Moyes menguruskan skuad Everton selama 11 musim daripada 2002 sehingga 2013. Moyes yakin Everton akan kekal.

Moyes berkata: “Saya rasa Everton akan baik baik baik sahaja dengan kualiti pemain pemain yang mereka ada, penyerang Brazil [Richarlison] dan penyerang tengah England [Dominic Calvert-Lewin].”