Pemain tengah Manchester City Kevin De Bruyne kecewa dengan pengadilan ketika aksi Tottenham berdepan dengan Man City.

Manchester City tewas 2-0 di tangan pasukan tuan rumah meskipun memiliki penguasaan bola yang sangat tinggi dan jumlah percubaan yang banyak ke arah gawang lawan.

Son Heung Min mengejutkan Manchester City dengan gol seawal minit ke-5.

Namun Manchester City menyamakan kedudukan menerusi Aymeric Laporte. Tetapi Mike Dean membatalkan gol itu selepas melihat VAR – menunjukkan bahawa bola terlebih dahulu terkena tangan Gabriel Jesus.

Pemain Manchester City, termasuk kapten Kevin De Bruyne, tidak menerima keputusan itu dan memprotes kepada pengadil semasa rehat.

Namun, portes itu tidak dapat mengubah keputusan pengadil.

Pada separuh masa kedua, ketika Manchester City sedang rancak mencari gol penyamaan, mereka dikejutkan sekali lagi menerusi gol oleh Giovani Lo Celso di pertengahan babak kedua.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan berharga Tottenham ke atas Man City.

Selepas tamat perlawanan, Kevin De Bruyne menyalahkan pengadil yang menurutnya tidak konsisten tentang peraturan handball. Jika tidak, keputusan mungkin berbeza akan dicatatkan.

“Sejujurnya, sekarang saya tidak faham bagaimana peraturannya sedia ada. Ianya sudah berubah.”

“Saya telah bermain bola sepak profesional selama 12 tahun dan sembilan tahun pertama tidak ada perubahan pada peraturan handball.”

“Dalam beberapa tahun terakhir, ada banyak perubahan. Saya tidak tahu mengapa ini harus terjadi, kerana bola sepak adalah permainan yang indah.”

“Namun, orang yang membuat peraturan mestilah seseorang yang mengetahui permainan ini dengan mendalam.”

“Sekarang peraturannya tidak konsisten,” kata De Bruyne.

Ini merupakan kekalahan kedua Manchester City musim ini. Hadir pada hari pertama perlawanan selepas Pep Guardiola menandatangani kontrak lanjutan di Etihad.

Pep Guardiola juga kecewa dengan gol mereka yang ditarik balik oleh pengadil.

Dan beliau mengimbas kembali detik Man City disingkirkan Spurs dalam UCL kerana menurutnya Llorente ketika itu menjaringkan gol dengan tangannya.

Baca juga perkembangan lain

FIFA Akan Melancarkan Pengadilan Ofsaid VAR Menggunakan AI

Messi Berikan Respon Selepas Dituduh Benci Dan Jahat Dengan Griezmann

Low: Entah Apa Benda Kami Lakukan Atas Padang Tadi

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group