Kapten Atalanta, Rafael Toloi tidak dapat menahan kekecewaannya dengan pengadil perlawanan di antara Atalanta dan Real Madrid.

Toloi menganggap bahawa pengadil Tobias Stieler telah membuatkan pasukan mereka menderita kerana pengadilannya yang lemah.

Freuler dilayangkan kad merah seawal minit ke-17 perlawanan. Ianya selepas pemain antarabangsa Switzerland itu menjatuhkan Ferland Mendy – yang dinilai oleh pengadil sebagai menghalang peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

Toloi merasakan kad merah kepada Remo Freuler adalah tidak tepat sama sekali. Kerana menurut Toloi, Freuler bukannya ‘last man defender’ dalam situasi tersebut.

Kurang seorang pemain memaksa Atalanta bekerja keras sepanjang malam berdepan dengan Real Madrid.

Walaupun Atalanta bermain dengan 10 pemain, Real Madrid tetap bergelut untuk menjaringkan gol. Mujur Ferland Mendy berjaya melakukan rembatan lencong yang cantik dari luar kotak penalti pada minit ke-86 untuk memastikan Real pulang dengan kemenangan – bersama dengan 1 gol di tempat lawan.

Selepas tamat perlawanan, Rafael Toloi membidas pengadil kerana menurutnya Freuler bukannya pertahan terakhir dalam situasi tersebut. Kerana masih ada Cristian Romero yang bersiap sedia menutup ruang di belakang.

Toloi berkata: “Saya tidak pasti sama ada ianya kad merah kerana Cristian Romero bersedia untuk menutup kawasan itu dan pemain mereka [Ferland Mendy] juga mahu pergi ke kawasan sisi.”

“Walaubagaimanapun, kami bertahan dengan baik. Kami telah berjuang hingga akhir. Sukar untuk bermain menentang Real Madrid, lebih sukar lagi apabila hanya bermain dengan 10 orang,” tambah pemain Brazil itu.

Baca juga perkembangan lain

Analisis Werner: Moden Poacher Yang Bergelut Dengan Fizikal EPL

Werner: EPL Ajar Saya Realiti Sebenar

TERKINI: Aston Villa Haramkan Pemainnya Bermain FPL Kerana Percaya Ada ‘Tracker’