Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melalui satu kenyataan rasmi yang disiarkan melalui laman sosial rasmi Facebook mereka sebentar tadi telah menjelaskan bagaimana perjalanan pengurusan operasi pasukan selepas penubuhan Kelantan FC musim hadapan.

Berikut adalah perkara-perkara yang telah dijelaskan untuk perhatian semua pihak berkaitan proses penswastaan pasukan.

  • Melalui surat pekeliling Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertarikh 21/2/2020 Ruj: FAM/CL/SMR/AS/VN/2020/023 telah meletakkan syarat bahawa hanya kelab bola sepak sahaja yang layak menyertai pertandingan AFC / Liga Super Malaysia / Liga Perdana Malaysia bagi musim 2021.FAM juga telah telah mengeluarkan panduan “Pelan Pemisahan Kelab Bola Sepak” yang mana setiap persatuan bola sepak perlu mematuhinya sebelum September 2020.
  • Arahan ini bermaksud bahawa setiap pasukan bola sepak di bawah persatuan negeri termasuk KAFA mesti menubuhkan “Kelab Bola Sepak” untuk menyertai pertandingan Liga, FA Cup dan juga Malaysian Cup dan kelab ini hendaklah diswastakan kepada pihak lain.

118088693_4279002035503604_4323363261544271253_o

  • KAFA telah membuat persiapan dan telah menyerahkan kepada FAM kesemua dokumen-dokumen yang diperlukan untuk penubuhan kelab bola sepak tersebut dan nama kelab yang dicadangkan adalah “Kelab Bola Sepak Kelantan” (Kelantan Football Club). Kelulusan kelab ini akan dimaklumkan oleh FAM dalam bulan September 2020.
  • KAFA juga telah menubuhkan satu syarikat iaitu ‘Team Red Warriors Sdn. Bhd.” di mana syarikat ini diberi hak dan tanggungjawab untuk mengendalikan dan menguruskan Kelantan FC tersebut.
  • Dengan ini maka KAFA dan juga Kelantan FC akan terpisah dan masing-masing mempunyai Legal Entity yang berbeza di mana KAFA tidak lagi mempunyai apa-apa hak dan tanggungjawab ke atas Kelantan FC dan Kelantan FC juga tidak mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan KAFA. Kelantan FC sebagai satu entity yang baru juga tidak terikat dengan bebanan hutang-hutang KAFA secara amnya.
  • Peranan KAFA selepas ini hanyalah melibatkan aktiviti-aktiviti pembangunan bola sepak seperti, antara lain, menganjurkan pertandingan Liga Tempatan antara persatuan bola sepak jajahan, pertandingan bawah umur, kerjasama dengan MSSK, klinik bola sepak dan lain-lain.
  • Manakala peranan syarikat Team Red Warriors Sdn. Bhd. adalah menguruskan Kelantan FC secara keseluruhannya termasuk mencari pemain-pemain, jurulatih, penggajian, membayar kos-kos pengurusan pasukan, perlawanan dan sebagainya.
  • Isu yang timbul dalam seminggu dua ini berkenaan penjualan pasukan bola sepak pada hakikatnya adalah penjualan dan pengambilalihan syarikat Team Red Warriors Sdn. Bhd., bukannya pengambilalihan dan penjualan KAFA itu sendiri. Mana-mana pihak yang ingin membeli dan mengambil-alih pasukan bola sepak Kelantan hendaklah membeli saham-saham dalam syarikat tersebut dan seterusnya mendapat hak untuk menguruskan Kelantan FC dalam pertandingan musim 2021. Apabila ini berlaku maka pihak berkenaan akan mempunyai hak dan kuasa sepenuhnya ke atas Kelantan FC tanpa penglibatan KAFA lagi.

Penjelasan ini telah dibuat oleh Alawi Mohd Rashid selaku Penasihat Undang-Undang KAFA.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Media Indonesia: Sebelum Bintang Malaysia, Greg Nwokolo Lebih Dulu Menikmati Atmosfera Liga Portugal

Unifi Umumkan Siaran Langsung CIMB Liga Super Malaysia Ditayangkan Secara Percuma Di 3 Platform Termasuk Youtube

Tonton Video Temubual Santai Bersama Hadi Fayyadh Berbahasa Bahasa Jepun Yang Layak Terima Pujian