Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memutuskan untuk menamatkan kontrak Pengarah Teknikal, Peter Jorg Steinebrunner dan menawarkan penamatan kontrak awal kepada pemain import, Flavio Beck Junior.

Menurut Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan pihaknya dan Steinebrunner mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan khidmat beliau.

Jorg Peter Steinebrunner
Sumber Gambar: Sukan Sinar

“Steinebrunner bersetuju menamatkan kontrak selepas memilih haluan berbeza selepas mencapai kata sepakat menerusi perbincangan kedua belah pihak.

“Keputusan menamatkan kontrak dibuat untuk mengelakkan KAFA menanggung sebarang risiko yang terpaksa mengurangkan perbelanjaan pasukan bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana musim ini.

“Saya juga memanggil Jorg serta Flavio dan saya menjelaskan KAFA tidak mahu berlaku masalah tunggakan gaji pada masa depan,” kata Bibi menurut laporan Berita Harian.

Bibi turut menjelaskan Steinebrunner dan Jorg memahami masalah yang sedang dihadapi oleh KAFA dan mereka bersetuju untuk mengurangkan tunggakan gaji.