Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bercadang untuk meminta potongan kepada Cassio De Jesus berkenaan tuntutan tunggakan gaji yang berjumlah RM629,620.28.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid cadangkan tersebut akan dikemukakan kepada Cassio sebagai usaha persatuan terbabit menyelesaikan masalah tersebut.

KAFA
KUALA LUMPUR, 17 Feb — Pemain UKM FC, Wan Muhammad Faiz Wan Sulaiman (kanan) diasak pemain Kelantan, Cassio Francisco De Jesus (tengah) pada perlawanan Liga Premier Malaysia 2019 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, hari ini.
Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.
–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Kita memang sudah ada perancangan dan ia akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Exco yang berlangsung minggu hadapan.

“Sebelum ini pun, saya ada memaklumkan dua cadangan iaitu pelan ansuran dan lanjutan tempoh pembayaran.

“Kita juga sedang mempertimbangkan meminta pengurangan dalam jumlah pembayaran tuntutan itu. Berhubung perkara itu, kita akan bincangkan dalam mesyuarat dan dapatkan persetujuan bersama nanti,” kata Muzakkir menurut laporan Berita Harian.

KAFA
Sumber Gambar: TRW FC

Sebelum ini, Cassio menerusi peguamnya, Zhafri Aminurashid menyatakan bersedia untuk mengadakan rundingan bersama bekas majikannya itu.

Akan tetapi, rundingan semula itu perlu menjalani proses mediasi di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi memastikan hak Cassio terpelihara.

Baca artikel lain mengenai tuntutan gaji Cassio De Jesus di sini:

Cassio De Jesus Sedia Berunding Dengan KAFA

Enam Lagi Kes FIFA Sedang Menanti Pasukan Kelantan Membabitkan Tunggakan Gaji Lebih RM1.5 Juta

Tiada Jutawan Berminat Selamatkan Pasukan Kelantan