Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mahu berbincang dengan bekas pemain, Amiridzwan Taj Tajuddin dan bekas pegawai pasukan, Mohd Hisham Jainudin dimana badan itu mahu membayar tunggakan gaji secara ansuran.

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata kekangan kewangan menyebabkan pihaknya tidak dapat menyelesaikan terus tunggakan gaji Amiridzwan dan Hisham dan beliau akan mengadakan perbincangan dengan keduanya bagi mendapatkan persetujuan membayar secara ansuran.

KAFA
Sumber Gambar: Perlis Northern Lions

“Kita akan buat rayuan dalam masa terdekat ini kepada FAM supaya dapat memberi ruang dan masa kepada Kafa untuk menyelesaikan tunggakan itu.

“Kalau boleh kita harap dapat bayar secara ansuran kerana kita pun kekangan dana. Saya akan mengatur pertemuan dengan mereka dalam masa terdekat ini dan harap mereka juga memahami situasi KAFA,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Khamis lalu, Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan Kelantan membayar tunggakan gaji sebanyak RM167,304 kepada bekas pemain pertahanan, Amirizdwan Taj Tajudin serta bekas pegawai, Mohd Hisham Jainudin RM11,166.

Selain itu, satu lagi pasukan iaitu PDRM dikehendaki membayar tunggakan gaji sebanyak RM26,000 kepada bekas pemain skuad kebangsaan, Liew Kit Kong, bekas jurulatih musim lalu, E Elavarasan (RM60,000) serta penolong jurulatih, Wan Mustaffa Wan Ismail (RM43,000).

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim ini di sini:

Musim 2020 Jadi Medan Untuk Shahrel Fikri Bina Semula Karier

Azmeer Yusof Sediakan Rumahnya Sebagai Tempat Mengaji, Cari 10 Orang Yang Mahu Belajar Al-Quran PERCUMA

Tan Cheng Hoe: Liridon Krasniqi Berpeluang Tampil Bersama Pasukan Kebangsaan