Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berjaya melunaskan tunggakan gaji bekas pemain import skuad The Red Warrios, Morgaor Gomis yang berjumlah RM550,435.20.

Menurut salah seorang sumber terdekat KAFA yang memberitahu kepada Vokcet FC, badan induk bola sepak Kelantan itu berjaya menyelesaikan tunggakan gaji Gomis pada pertengahan bulan ini dan persatuan itu sedang bertungkus-lumus untuk menyelesaikan tunggakan gaji bekas pemain tempatan dan juga import yang sebelum ini beraksi bersama pasukan.

KAFA
Sumber Gambar: NSTP/AMRAN HAMID

“FIFA telah mengarahkan KAFA untuk menyelesaikan tunggakan gaji Gomis. Akan tetapi, ini tidak bermakna pemain lain yang turut mempunyai masalah sama tindakan tidak akan menerima gaji mereka. Ketika ini badan itu sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain seperti Mohammad Ghaddar, Bruno Lopes, Flavio Beck, Cassio de Jesus, Mustafa Zazai dan lain-lain.

“Selain cuba untuk melangsaikan hutang kepada pemain import, KAFA juga tidak melupakan tanggungjawab mereka kepada pemain tempatan seperti Badhri Radzi, Khairul Fahmi, Amirdzwan Taj, Zairul Fitri dan Norhafiz Zamani Misbah. Harap pemain dapat bersabar untuk mendapatkan gaji mereka,” kata sumber tersebut.

KAFA
Sumber Gambar: Kelantan United

Sebelum ini, Kelantan berdepan kemungkinan tidak diberikan lesen musim 2020 untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana musim hadapan andai jika tunggakan gaji Gomis tidak diselesaikan mengikut tarikh ditetapkan oleh FIFA dan boleh tersingkir ke saingan Liga M3.

Musim hadapan, Kelantan masih dibimbing oleh Yusri Che Lah dan setakat ini mereka telah menandatangani dua pemain iaitu Nazrin Nawi dan Wan Zaharulnizam.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan di sini:

Nazrin Nawi Teruja Beraksi Bersama Pasukan Kelantan Musim Hadapan

Kelantan Gunakan Khidmat Penyerang Tempatan Bertaraf Bintang Musim Hadapan

Kelibat Kelantan United Tidak Risaukan KAFA