Selepas pihak FAM melalui Jawatankuasa Status membuat keputusan terhadap tuntutan yang dibuat oleh Amiridzwan Taj kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 3 Mac 2020, pemain itu sehingga kini masih belum menerima sebarang amaun dari tuntutan tersebut.

Mengikut keputusan yang dibuat, Jawatankuasa Status FAM mengarahkan KAFA untuk membayar semua tuntutan yang dibuat berjumlah RM167,304 dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan itu dibuat.

Ini bermakna tarikh akhir untuk KAFA menjelaskan semua tuntutan kepada Amiridzwan Taj adalah pada 3 Mei 2020. Namun, ketika dihubungi pemain itu menjelaskan tiada sebarang komunikasi diantara kedua-dua pihak berlaku dan beliau masih belum menerima sebarang bayaran dari pihak KAFA.

Menurut surat itu juga, kegagalan KAFA mematuhi arahan yang dikeluarkan akan membolehkan FAM menggunakan kuasa untuk memotong apa-apa deposit penyertaan pertandingan, hadiah wang tunai atau apa sahaja kewangan responden yang masih berbaki di FAM untuk dibayar kepada pengadu.

KAFA tidak keterlaluan boleh dianggap sebagai persatuan bola sepak paling bermasalah di Malaysia kerana memiliki banyak rekod kegagalan membayar gaji serta tuntutan-tuntutan lain lagi yang dikatakan mencecah hampir RM5 juta secara keseluruhannya.

Dengan kelemahan barisan pengurusan KAFA, kini pasukan itu bukan sahaja berdepan dengan risiko hukuman yang berat malahan telah menyebabkan banyak pihak tidak berminat untuk terlibat dalam permasalahan sedia ada.

Baru-baru ini juga dilaporkan ada 2 syarikat yang bakal masuk membantu KAFA menyelesaikan masalah kewangan tetapi dari maklumat yang diterima itu semua adalah sekadar ‘wayang’ bagi menutup mulut orang luar sahaja.

Nota: KAFA dikatakan telah diberikan masa sehingga 30 Jun 2020 untuk menyelesaikan tuntutan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Ini Strategi Bagaimana Jersi Buriram United Laku Keras, Sasar Jualan 30,000 Helai Jersi Bernilai RM2.85 Juta!

Lihat Keadaan Padang Stadium Mitr Phol Yang ‘Menggiurkan’ Ini, Siap Siaga ‘Menyambut’ Pembeli Barangan Rasmi Kelab

“Ramai Ingat Saya Akan Ada Masalah Komunikasi Di Thailand, Tetapi Realitinya Tidak Benar” – Dominic Tan