Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengalu-alukan tajaan dari mana-mana syarikat bagi memperkukuhkan transformasi skuad The Red Warriors dibawah kepimpinan baru.

EXCO KAFA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penajaan & Promosi, Ahmad Muzakkir Hamid berkata pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mahu tampil hulurkan tajaan.

Ahmad Muzakkir Hamid

Sumber Gambar: Utusan

“Kita sudah ada satu penaja utama yang akan diumumkan nanti. Namun kami juga perlu ada pelan B dengan menjemput beberapa lagi syarikat besar.

“Tidak hanya tajaan berskala besar, kami juga sedia terima tajaan kecil. Ini kerana KAFA memerlukan dana yang banyak.

“KAFA bersikap terbuka kepada pihak berminat untuk tampil hulurkan tajaan dan kami sedia berikan pakej menarik dengan konsep ‘menang-menang’, bergantung atas persetujuan bersama nanti,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pada Kongres Luar Biasa (EGM) KAFA, yang diadakan pada 6 Julai lalu, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dipilih sebagai presiden baharu bagi penggal 2019-2023.

Wan Abdul Rahim

Sumber Gambar: Harian Metro

Ahmad Muzakkir turut menggesa peminat setia pasukan Kelantan memberi ruang dan peluang untuk barisan kepimpinan baru untuk memperbaiki segala kelemahan serta mengembalikan semula skuad The Red Warriors ke zaman kegemilangan.

“Seluruh rakyat dan penyokong diminta memberi 100 peratus sokongan kepada pengurusan baharu dan memberi peluang serta ruang kepada kami untuk mengembalikan Kelantan ditempat terbaik,” tambahnya.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group