Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain-pemain pasukan Kelantan diberi amaran supaya tidak mengadu atau cuba mendapatkan perhatian mengenai isu tuntutan gaji yang tertunggak di platform media sosial atau mereka tidak akan dibayar mengikut laporan dari Kosmo!.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan menjelaskan bahawa sekiranya mana-mana pemain yang berdepan dengan isu gaji yang tertunggak, mereka diminta untuk hadir ke pejabat KAFA dan menyelesaikan perkara itu secara bersemuka.

“Pemain patut datang ber­uru­san dengan KAFA dan bukan­nya menggunakan media, kecuali mereka sengaja hendak mencetuskan persepsi yang tidak bagus kepada majikan.

“Sebagai pemain, mereka perlu menghormati kontrak kerana ma­sih mempunyai majikan,” katanya lagi.

Beberapa hari yang lalu wujud khabar angin yang mengatakan bahawa 2 pemain Kelantan Mohd Badri Radzi dan Nor Farhan Muhammad mahu mengemukakan saman kepada KAFA berkait isu gaji yang tertunggak.

Bibi Ramjani menjelaskan adalah tidak wajar meletakkan kesalahan itu kepada KA­FA semata-mata, sebaliknya pemain per­lu berjuang demi pasukan dan penyo­kong.

“Cuba tanya pada diri pemain terbabit, adakah mereka bermain untuk gaji semata-mata sedang­kan mereka tahu pengorbanan yang telah dilakukan oleh KAFA.

“Saya sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pemain yang masih belum mene­rima gaji,” ujarnya.

Dalam isu yang berasingan, Bibi Ramjani mendedahkan beliau tahu mengenai satu gerakan untuk menuntut hutang lapuk melibatkan KAFA.

Bagi beliau, tuntutan itu seolah-olah seperti mahu memberikan tekanan kenapada KAFA untuk mendapatkan lesen kelab FAM bagi membolehkan Kelantan beraksi dalam Liga Malaysia musim 2019.

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group