Ahli perniagaan muda, Datuk Seri Amril Aiman Abd Aziz menegaskan usaha beliau untuk menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan disambung selepas Hari Raya Aidilfitri dimama beliau mahu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Hasrat Amril tidak berganjak walaupun sudah menemui Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah bagi mengetahui masalah dalaman persatuan itu.

EGM
Sumber Gambar: Sinar Harian

“Pertemuan (bersama Afandi) itu lebih kepada perbincangan mengenai pasukan dan masalah yang ada dalam KAFA,” katanya menurut laporan Berita Harian.

“Bagaimanapun, selepas Hari Raya Aidilfitri nanti PBJ (Persatuan Bolasepak Jajahan) akan teruskan dengan EGM untuk saya ambil alih KAFA.”

Bibi Ramjani
Sumber Gambar: Stadium Astro

Bibi Ramjani sebelum ini bersedia untuk melepaskan jawatan beliau selaku presiden persatuan sekiranya individu yang mahu menggantikannya berwibawa dan bersedia untuk menyelesaikan segala masalah yang dialami oleh KAFA.

Tambah Bibi, beliau sudah lama mahu berundur bagi memberikan laluan kepada individu yang benar-benar layak untuk mengemudi KAFA.