Kami Anak Felda (KAF) berminat untuk mengambil-alih pengurusan Felda United dan ketika ini mereka sedang memperhalusi beberapa perkara sebelum membuat sebarang keputusan.

Ketua Biro Ekonomi KAF, Datuk Amizar Abu Adam berkata, KAF perlu meneliti beberapa perkara seperti kewangan pasukan sebelum membuat keputusan bagi memastikan pengambil alihan pengurusan Felda United mencapai matlamat utama iaitu memperkasakan kelab itu.

KAF
Sumber Gambar: Harian Metro

“Secara dasarnya kita terbuka dan menerima kerana ia adalah platform kepada generasi muda Felda dan ruang untuk KAF menyumbangkan bakti. Buat masa ini kita belum ada kata putus dan ia belum diperhalusi secara jelas mengenai cara pentadbiran, pengurusan serta lain-lain. Kita kena perhalusi dan susun balik apa yang perlu,” katanya menurut laporan Utusan.

Sebelum ini, Felda akan menlepaskan Felda United dan berkemungkinan besar akan diletakkan di bawah KAF yang yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Presiden Felda United, Anuar Malek berkata, ketika ini pihaknya telah mencadangkan pihak yang bertanggungjawab khususnya yang melibatkan anak peneroka Felda.

KAF
FOTO: FELDA United

“Kita berasakan bahawa tidak selama-lamanya Felda akan menerajui penubuhan FUFC dan saya menaruh keyakinan bahawa Felda tidak akan meneruskan urusan menerajui peruntukan memberikan dana secara berterusan kepada FUFC.

“Jadi telah sampai masanya FUFC harus digembelengkan oleh peranan daripada anak-anak peneroka untuk membantu meneruskan kesinambungan kejayaan FUFC,” katanya.

Untuk rekod, Felda pernah muncul juara saingan Liga Perdana pada musim 2018 dan mereka berjaya mengekalkan status dalam saingan Liga Super untuk saingan musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai Felda United di sini:

Felda United Puas Hati Dengan Bantuan MFL

FELDA United Tunggu Penjelasan MFL Tentang Status Tunggakan Gaji Pemain