Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) telah menarik semula kad merah kepada Bednarek. Namun menolak rayuan Arsenal untuk kad merah David Luiz.

Kedua dua pemain dibuang padang dalam kekalahan pasukan mereka dalam aksi sebelum ini.

Bednarek dibuang padang ketika Southampton dibelasah 9-0 oleh Manchester United. Manakala David Luiz dibuang padang dalam kekalahan Arsenal di tangan Wolves.

David Luiz dibuang padang selepas pengadil merasakan beliau mengasari Willian Jose – yang sama sekali menafikan peluang gol pasukan lawan. Mikel Arteta mempertikaikan keputusan pengadil.

Di mana Arteta menyatakan beliau sudah 10 kali melihat semula ulang tayang, namun tidak nampak di mana pelanggaran yang dimaksudkan pengadil.

Sementara itu Jan Bednarek menerima kad merah pada aksi Southampton menentang Manchester United atas kesalahan sama – menafikan peluang gol lawan.

Di mana Bednarek turut menghadiahkan sepakan penalti kepada Man United selepas mengasari Anthony Martial.

Kedua dua kelab, Arsenal dan Southampton memutuskan untuk membuat rayuan di atas kad merah tersebut. Namun keputusan FA tidak memihak kepada Arsenal.

Sebaliknya Bednarek pula dibenarkan untuk kembali beraksi dalam aksi seterusnya.

FA menegaskan bahawa jawatankuasa bebas yang menilai perkara itu mendapati bahawa kad merah Bednarek adalah satu kesilapan.

FA menyatakan: “Jan Bednarek boleh diturunkan dalam aksi seterusnya Southampton selepas Jawatankuasa Peraturan bebas mendapati kesilapan membuang padang pemain tersebut. Dan penggantungan beliau dibatalkan.”

Keputusan FA tersebut membuatkan ramai peminat marah terutama sekali peminat Arsenal yang menganggap ianya satu jenaka.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Mourinho Tuduh Kemenangan Chelsea Kerana Dibantu Pengadil

Marseille Tolak Perletakan Jawatan Villas Boas Dan Kemudian Memecatnya

EPL: Man United Berpesta 9 Gol Tanpa Balas