Perkembangan terbaru penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim menyaksikan kelab Belgium, K.V. Kortrijk dikhabarkan telah menawarkan kontrak rasmi kepada Luqman dan sedang menunggu ejen beliau untuk langkah selanjutnya.

Menurut perkongsian pengguna Twitter yang sentiasa membawa berita terkini mengenai Luqman, Pemain Ke-12, KV telah menawarkan kontrak rasmi, namun tidak diketahui butiran secara terperinci seperti tempoh dan juga gaji yang bakal diterima oleh Luqman.

Pada masa yang sama, Kotrijk juga sedang mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenai syarat yang dimahukan oleh FAS bagi melepaskan Luqman ke Belgium. FAS dikhabarkan mahukan kepakaran dari kelab Belgium itu sebagai pertukaran.

Teka-teki sama ada Luqman akan berangkat ke Eropah masih lagi menjadi misteri dimana belum jelas sama ada Luqman akan beraksi di luar negara ataupun kekal bersama Selangor dan beraksi dalam saingan Liga Malaysia.

Baca artikel lain mengenai situasi semasa Luqman Hakim di sini:

Newcastle United Mahu Dapatkan Luqman Hakim?

Luqman Hakim Sah Diuruskan Oleh Ejen Berpangkalan Di London, EL-EF Sport Bakal Terokai Peluang Untuk Penyerang Muda Malaysia

Kelab Liga Perdana Inggeris Berminat Dapatkan Khidmat Luqman Hakim