Pemain tengah Selangor, K.Sarkunan menyambut baik kehadiran Brendan Gan ke dalam pasukan sambil berpendapat pemain skuad kebangsaan itu bakal memberikan persaingan hebat bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Brendan menyertai Selangor setelah dua musim bersama pasukan Perak dan beliau bakal bersaing dengan K.Sarkunan dan Abdul Halim Saari untuk mengisi bahagian tengah dalam skuad kendalian B.Satianathan itu.

“Bagi saya, ia persaingan yang bagus kerana saya kerap diturunkan musim lalu.

“Jadi, dalam musim baru ini, saya dan Brendan Gan akan merebut tempat di bahagian (tengah) menyerang dan bertahan. Ia terpulang kepada jurulatih untuk menentukannya,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Pada masa yang sama, pengendali pasukan, B.Satianathan berpendapat skuad yang dimiliki kali ini dianggap mantap dam beliau telah meletakkan sasaran bagi saingan musim hadapan.

K.Sarkunan
Sumber Gambar: MFL

“Realitinya, kami sudah memiliki skuad yang boleh dikatakan mantap. Saya harap kami akan membawa pulang satu trofi.

“Tetapi tidak bolehlah tanya trofi yang mana kerana ia boleh disalah tafsir. Jadi, ia salah satu daripadanya,” kata Satia.

Selain Brendan, Selangor turut menandatangani Rodney Celvin, Nick Swirad, Nor Hakim Hassan dan Safuwan Baharudin.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Michael Feichtenbeiner Isi Jawatan Pengarah Teknikal Selangor FA

Safuwan Baharudin Sah Sertai Pasukan Selangor

Liga Malaysia 2020: Pemain Kelahiran Manchester Sah Sertai Selangor