Liga divisyen teratas Korea Selatan, K League mengumunkan mereka akan memperkenalkan kuota pemain import dari rantau Asia Tenggara bermula musim hadapan.

Keputusan itu dibuat sejurus selepas pemain meningkat naik Vietnam, Nguyen Cong Phuong menyertai Incheon United secara pinjaman daripada Hoang Anh Gia Lai.

https://www.youtube.com/watch?v=Q_7dpOdE3IU

Perpindahan Cong Phuong nyata memberikan perbezaan yang ketara dimana minat untuk menyaksikan saingan K League di kalangan warga Vietnam meningkat kerana mereka mahu menyaksikan wira pasukan kebangsaan mereka beraksi. Perlawanan yang melibatkan Incheon United di platform atas talian mendapat sambutan hangat dari rakyat Vietnam.

Berikutan sambutan hangat yang diterima, K League memutuskan untuk menambah kuota pemain import sedia ada sebanyak empat pemain kepada lima dengan adanya pemain daripada Asia Tenggara.

phuong_incheon
Sumber Gambar: An Ninh Thu Do

Keputusan yang dibuat oleh K League ini harus dimanfaatkan dengan baik oleh pemain negara terutamanya pemain muda. Beraksi di liga yang lebih kompetitif boleh membantu dalam meningkatkan lagi mutu dan tahap permainan pemain tersebut.