Badan pengendali Liga Korea Selatan (K-League) semalam mengumumkan hukuman denda sebanyak £67,000 (RM356,000) kepada FC Seoul kerana kesalahan memenuhkan tempat duduk stadium dengan menggunakan patung seks ketika perlawanan menentang Gwangju FC.

Kelab tersebut didapati bersalah kerana telah melanggar salah satu peraturan liga iaitu larangan mempromosi iklan yang berunsur lucah dan seks dalam mana-mana perlawanan.

Terdapat 30 patung silikon, 28 daripadanya merupakan patung yang menyerupai seorang perempuan manakala selebihnya lelaki. Mereka disusun duduk berasingan mengikut panduan penjarakan sosial sambil memaparkan iklan beberapa syarikat penaja.

“Jawatankuasa disiplin memutuskan untuk mengambil tindakan berat selepas mendapati insiden itu telah menghina serta menyakitkan para peminat wanita serta ahli keluarga dan berharap kejadian serupa tidak berulang lagi,” kata K League dalam satu kenyataan.

https://twitter.com/ossianshine/status/1263107160537473025

Menurut laporan daripada BBC News, sebelum perlawanan bermula, sebuah syarikat yang bernama Dalcom telah menawarkan khidmat mereka untuk memeriahkan stadium dengan pelbagai cara lalu dipersetujui oleh pihak kelab.

FC Seoul sebenarnya merancang untuk meletakkan ‘orang tiruan’ sebagai penonton di stadium namun tidak sangka Dalcom telah memesan patung silikon lucah (Sex Dolls) daripada penjual alat permainan seks untuk diletakkan di tempat duduk.

Pegawai jawatankuasa K League turut menyifatkan insiden terbabit merosakkan imej dan integriti liga negara itu. Pelanggaran peraturan kali kedua boleh mengakibatkan pemotongan lima mata dalam liga atau denda lebih lima juta won (RM17,697).

FC Seoul mengakui mereka gagal menyiasat latar belakang syarikat itu dan tidak tahu mereka bekerja dalam industri seks.

“Kami memohon maaf setulus hati kerana mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat.

“Kami sudah membuat pengesahan dari peringkat awal lagi bahawa mereka tidak mempunyai kaitan dengan alat permainan seks,” kata kenyataan daripada kelab itu.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan K League melalui pautan dibawah. 

K League Cipta Rekod Lebih 3.4 Juta Penonton Di Media Sosial Pada Perlawanan Pertama

K League Berjaya Jual Hak Penyiaran Kepada 10 Negara Termasuk Malaysia

K League Perkenalkan Kuota Pemain Asean Musim Hadapan