Selepas ditangguhkan lebih 2 bulan, saingan K League musim 2020 akhirnya membuka tirai dengan perlawanan di antara Jeonbuk Hyundai Motors menentang Suwon Samsung Bluewings pada hari jumaat lepas.

Bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19, badan pengendali K League telah memperkenalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang lebih ketat seperti mewajibkan pemakaian topeng muka dan tidak boleh berjabat tangan.

Meskipun perlawanan itu berlangsung tanpa kehadiran penonton, ia tetap berjaya menarik 3.4 juta tontonan di laman twitter dan lebih 234,000 di laman YouTube. Perlawanan K League turut disiarkan di kaca televisyen dan media digital daripada 36 buah negara.

Malaysia turut berada dalam senarai negara yang mendapat hak penyiaran liga tersebut melalui Astro. Para peminat bola sepak tempatan boleh menyaksikan perlawanan K League di saluran Astro Supersport (CH811 HD/CH831) dan melalui aplikasi Astro GO.

Menurut laporan daripada Korea Herald,  Turki merupakan negara luar yang mencatat angka tontonan tertinggi dengan 18 peratus diikuti oleh Brazil (15 peratus) dan Sepanyol (9 peratus).

Secara puratanya, perlawanan pertama K League yang berlangsung pada hari jumaat hingga ahad telah mencatat 30,172 penonton dan meningkat sebanyak 18 peratus berbanding musim lepas.

Ia menjadi rujukan pengendali liga di seluruh dunia, terutama kepada yang cuba membayangkan bola sepak pasca lockdown dan penularan wabak.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak asia melalui pautan dibawah.

Misi Ke Piala Dunia 2022, China Bakal Diperkuatkan Enam Pemain Naturalisasi

Undian AFC B-19 Bermula Pada Bulan Jun, Malaysia Diletakkan Dalam Balang Tiga

Pemain Naturalisasi UAE, Sebastian Tagliabue Kini Menganggur Dan Sedang Cari Kelab Baharu