Pasukan Negeri Sembilan mendapat sentuhan pengendali baharu apabila melatik K.Devan sebagai ketua jurulatih bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi milik pasukan dimana bekas ketua jurulatih Petaling Jaya City FC itu akan menggantikan Sazali Saidon yang membimbing pasukan dalam saingan musim 2020.

Negeri Sembilan gagal menampilkan prestasi terbaik mereka dalam saingan Liga Perdana musim lalu apabila sekadar menamatkan saingan di tangga ke-11, meraih 11 mata hasil dari tiga kemenangan, dua seri dan enam kekalahan sepanjang musim.

K.Devan bukanlah satu nama yang asing bagi pasukan Negeri Sembilan dimana pengendali berusia 59 tahun itu pernah dilantik sebagai ketua jurulatih sebanyak dua kali sebelum ini.

Kali pertama Devan bersama Negeri Sembilan iaitu pada musim 2005/2006 yang menyaksikan beliau membantu pasukan tersebut memenangi gelaran Liga Super. Kali kedua ialah pada musim 2015 ketika skuad The Jangs beraksi di Liga Perdana.

Tanggungjawab besar menanti Devan pada musim hadapan dimana beliau perlu memperbaiki prestasi dan mengelakkan pasukan daripada mengulangi prestasi hambar sepertimana yang ditampilkan pada musim 2020.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Darren Lok Dikaitkan Dengan Petaling Jaya City FC

Kedah Semakin Hampir Dapatkan Khidmat Ilham Amirullah

Media Sepanyol Ini Dedahkan Kelab Dari Malaysia Buru Khidmat Diego Rolan