Pemain dari rantau Asia terus mendapat tempat di kalangan kelab gergasi Eropah apabila baru-baru ini juara Serie A musim 2018/2019, Juventus sah menandatangani penyerang pasukan kebangsaan Korea Utara, Han Kwang-song secara pinjaman dengan pilihan untuk menandatangai pemain itu secara tetap musim hadapan.

Kwang-song mula beraksi dalam saingan Liga Itali bermula pada 2015 dimana beliau menyertai skuad akademi Cagliari. Kwang berjaya menambat hati staf kejurulatihan Cagliari dan beliau diberikan kontrak profesional yang menjadikannya pemain Koea Utara pertama beraksi di Serie A.

Pemain berusia 21 tahun itu pernah dipinjamkan ke Perugia selama dua musim. Kwang-so membuat penampilan pertama bersama Perugia pada perlawanan Coppa Italia menengang Benevento pada 7 Ogos 2017. Kwang-son kemudiannya menjaringkan hatrik pada perlawanan kedua ketika Perugia menewaskan Virtus Entella dengan keputusan 5-1.

Setelah tampil cemerlang bersama Perugia, Cagliari memutuskan untuk memanggil semula Kwang-son pada bulan Februari 2018 bagi mengisi jentera serangan pasukan yang ketika itu berdepan dengan sedikit masalah. Pemain kelahiran Pyongyang itu kemudiannya kembali menyertai Perugia pada Ogos 2018.

Han-Kwang-song-Perugia
Han Kwang-son. Sumber Gambar: Pundit Feed

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Juventus di laman web rasmi pasukan, Han Kwang-song akan bermain bersama skuad B-23 tahun dimana pasukan tersebut akan beraksi dalam saingan Serie C musim ini.

Skuad B-23 tahun Juventus dibimbing oleh Fabio Pecchia dimana jurulatih itu pernah menjadi penolong kepada Rafael Benitez ketika menguruskan Real Madrid dan Newcastle United.

Anda boleh membaca artikel lain berkaitan pemain Asia yang menyertai kelab gergasi Eropah di sini:

Daichi Kamada: Bintang Meningkat Naik Jepun Dalam Saingan Bundesliga

Takefusa Kubo Sertai Real Mallorca Secara Pinjaman

Barcelona Tetapkan Klausa Perpindahan Hiroki Abe Sebesar €40 Juta