Juventus dilaporkan telah memulakan perbincangan untuk membawa masuk Paul Pogba ke Turin.

Laman web Perancis le10sport.com menyatakan bahawa pihak Juventus berhubung dengan Mino Raiola untuk membawa pulang pemain tengah Paul Pogba.

Raiola dijangka akan menghubungi pihak pengurusan tertinggi Man United selepas ini.

Bekas pemain Bianconeri dilaporkan berada dalam senarai teratas untuk sasaran kelab musim panas ini, dan Paul Pogba juga dilihat berminat untuk kembali semula.

Walaupun sebelum ini Paul Pogba menyatakan ikrarnya untuk terus kekal dan menang sesuatu bersama dengan Man United.

1575036544_951561_noticia_normal

Tetapi isu konflik di antara ejennya Mino Raiola dan Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini dianggap sebagai salah satu sebab yang akan mempengaruhi perpindahan Paul Pogba.

Selain itu Pogba juga dikatakan menunggu akhir musim ini bagaimana kedudukan Man United. Sama pada pasukan itu boleh mara ke UCL ataupun tidak.

Kegagalan United untuk mara ke Liga Juara Juara Eropah mungkin akan digunakan oleh Raiola untuk memujuk pemain itu keluar dari Old Trafford.

Solskjaer sudah memberitahu bahawa beliau sangat perlukan Paul Pogba untuk terus kekal dan bersama dengan pasukan United dalam pembentukan pasukan lebih kuat musim hadapan.

Selain Juventus, Pogba turut menjadi buruan pasukan Real Madrid yang mahu memperbaiki isu bahagian tengah mereka yang semakin berusia.

Pada minggu ini Paul Pogba sudah kembali semula ke kem latihan Man United.

Baca juga perkembangan bola sepak yang lain

Dendam Lukaku: ‘Tiada Maaf Bagi Villas Boas’

Juventus Sekali Lagi Cuba Gagalkan Usaha United Dengan Pendekatan Sama

Arsenal Kena Jual Aubameyang Daripada Pergi Percuma