Juventus dikatakan berminat untuk mendapatkan Donny Van De Beek. Ini selepas pemain itu dilihat tidak menjadi pemain kesebelasan utama yang tetap di Man United pada ketika ini.

Van De Beek baru sahaja menyertai Manchester United pada musim ini. Dan hasrat Juventus untuk mendapatkan beliau pastinya tidak mudah.

Pirlo sebelum ini gagal mendapatkan pemain tengah Sandro Tonali. Van De Beek memiliki visi permainan yang bagus untuk diserap ke dalam pasukan Juve.

Beberapa pemain tengah seperti Aaron Ramsey serta Rabiot masih tidak cukup meyakinkan Andrea Pirlo. Lantas pengurus Juventus itu mencari pemain tengah yang konsisten.

Juventus berhasrat untuk menggabungkan semula Donny Van De Beek dengan bekas kaptennya, Matthijs De Ligt.

Calcio Mercato melaporkan Andrea Pirlo sedar bahawa agak mustahil untuk mereka membawa Van De Beek pada Januari ini.

Jadi Juventus menjadikan Van De Beek sebagai pemain sasaran yang akan dibawa masuk bagi kempen musim hadapan.

Juventus bersedia untuk membayar £30 juta untuk pemain tersebut. Jika dinilai kepada inflasi pada perpindahan, nilai itu pastinya agak kurang relevan. Kecualilah Man United benar benar mahu menyingkirkan Donny Van De Beek.

Buat masa ini, tidak ada tanda tanda Solskjaer ada masalah dengan Van De Beek.

Berita ini juga menguatkan lagi spekulasi bahawa Juventus sudah mengundurkan diri mereka daripada mendapatkan semula Paul Pogba yang terlalu tinggi nilainya.

Tetapi segalanya masih terbuka untuk Pogba kembali ke Juventus. Kerana kelab tersebut sangat sayangkan Paul Pogba.

Baca juga perkembangan lain

Napoli Mahu Tukar Nama Stadium Sempena Nama Diego Maradona

TERKINI: Maradona Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Messi: Diego Itu Eterno, Saya Tak Akan Pernah Mampu Jadi Sepertinya, Jauh Sekali