Gergasi Itali, Juventus, mahu membeli Alvaro Morata dan Atletico Madrid selepas dua musim pinjaman yang memuaskan pemain itu.

Alvaro Morata baru sahaja menamatkan tempoh pinjamannya bersama Juventus dan kini kembali ke Atletico Madrid.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu kini sedang bersiap sedia untuk pramusim bersama Los Rojiblancos.

Namun, Juventus sedia untuk menyelesaikan perpindahan tetap pemain itu sekali lagi.

Walaubagaimanapun, harga yang ditetapkan Atletico dianggap terlalu tinggi untuk Juventus.

Atletico meminta Juventus membayar €35 juta untuk mendapatkan pemain itu secara tetap.

Perkara itu membuatkan Juve sukar untuk mendapatkan pemain tersebut secara kekal. Malah ada yang menyatakan bahawa tanda harga itu membuatkan Juve menamatkan pemburuan Morata.

Juventus masih tidak berputus asa untuk mendapatkan Mora. Berharap Atletico akan mengurangkan lagi harga pemain itu. Hal ini kerana Max Allegri benar benar mahukan Alvaro Morata.

Sebenarnya, Juventus masih berharap perpindahan ini dapat dimeterai.

Semasa tempoh pinjaman dua musim di Juventus, Alvaro Morata menjadi salah seorang pemain yang banyak beraksi di serangan.

Morata bermain dalam 92 perlawanan merentas pertandingan dan menjaringkan 32 gol dan memberikan 22 bantuan gol dalam tempoh tersebut.

Ini adalah tempoh kedua untuk Morata bermain untuk kelab berpangkalan di Turin itu selepas tempoh pertama berlaku pada 2014 hingga 2016.

Allegri malah sedia untuk bermain dengan 2 penyerang di hadapan iaitu dengan menggandingkan Morata dengan Dusan Vlahovic.

Di mana pada musim lalu, kedua dua pemain tersebut membantu Juventus mengesahkan tempat mereka dalam Liga Juara Juara Eropah.

Juventus sebelum ini sudah rasmi mendapatkan Paul Pogba dan Angel Di Maria secara percuma.

Atletico tidak memberikan jaminan bahawa Morata akan menjadi penyerang utama mereka musim hadapan. Seterusnya Atletico turut terbuka menjual Morata kerana mereka perlu mengosongkan bil gaji pemain mereka untuk mendaftarkan pemain pemain baharu.