Juventus dilaporkan telah menawarkan Chelsea untuk memilih tiga pemain mereka dalam usaha mereka menyatukan kembali pengurus Maurizio Sarri dengan pemain tengah Jorginho.

Pemain Brazil itu sebelum ini bekerja di bawah Sarri di Napoli dan musim lalu di Stamford Bridge.

Dan, menurut Sunday Express, gergasi Serie A itu akan melakukan semua yang mereka mampu untuk menyatukan kembali pemain dan Sari untuk kali ketiga.

Old Lady ingin memasukkan Miralem Pjanić dalam kesepakatan dengan Chelsea, tetapi pemain antarabangsan Bosnia dan Herzegovina itu telah menyatakan beliau hanya mahu berpindah ke Barcelona.

Namun Juventus masih menawarkan Chelsea 3 nama pemain mereka untuk mendapatkan Jorginho.

Salah seorang nama besar ialah Douglas Costa. Bekas  pemain Bayern Munich itu menjadi subjek kepada perpindahan pada jendela akan datang.

Dua lagi pemain yang dikaitkan ialah Adrien Rabio dan Federica Bernardeschi.

Ejen Jorginho, Joao Santos pula memberikan bayangan bahawa pemain itu juga terbuka untuk meninggalkan Chelsea.

Seolah olah memberikan bayangan bahawa beliau mahu menyertai semula Maurizio Sarri di Juventus.

Dalam wawancara dengan stesen Naples Radio Kiss Kiss, Santos berkata: “Saya membaca mengenai kontak pihak kami dengan Juve melalui surat khabar dan pelbagai laporan lagi. Saya ulangi, Juventus adalah salah satu kelab berada dalam kelas teratas dalam bola sepak.”

Jorginho bergabung dengan Chelsea dari Napoli pada bulan Julai 2018 dengan bayaran awal £50 juta.

Walaupun bukan menjadi pemain kegemaran para penyokong Chelsea pada musim pertama, namun pada musim kedua beliau semakin menarik minat ramai.

https://twitter.com/lukecassy10/status/1265939273225605120

Beliau masih menjadi tunjang pasukan walaupun Chelsea bertukar pengurus kepada Frank Lampard.

Jorginho merupakan pemain yang dianggap asas sistem oleh Maurizio Sarri. Malah musim lalu, Sarri pernah mengejutkan dunia dengan menyatakan, pemain Chelsea tidak faham bermain dengan corak Jorginho.

Itu sudah cukup membayangkan betapa pentingnya pemain ini kepada pasukannya.

Baca juga perkembangan lain bola sepak Eropah

La Liga Bersambung 11 Jun, Peminat Boleh Pilih Opsyen Hidup Atau Matikan Sorakan Virtual

Benfica Mahu David Luiz Kembali

Kelab Paling Bernilai: United Di Belakang Real Madrid, Liverpool Catat Peningkatan Mendadak