Kelab gergasi Itali, Juventus dilaporkan mahu menjual bintang sensasi mereka, Cristiano Ronaldo bagi mendapatkan wang tunai sebelum kontrak kapten skuad kebangsaan Portugal itu tamat.

Menurut laporan daripada Foxsports, skuad Old Lady terdesak untuk menjual Ronaldo kerana mereka berdepan masalah kewangan yang serius susulan penularan wabak pademik COVID-19.

Kontrak pemain itu akan berakhir pada tahun 2022 dan Juventus tidak mahu Ronaldo meninggalkan kelab secara percuma. Justeru itu, mereka mahu menjual kepada mana-mana pasukan yang berminat untuk dapatkan wang pampasan kontrak.

Pendapatan Ronaldo dianggarkan 540,000 pound (RM2.9 juta) seminggu jumlah itu empat kali ganda lebih mahal berbanding pemain tertinggi dibayar Juventus, Matthijs de Ligt.

Beliau menyertai Juventus dua tahun lalu dengan nilai perpindahan lebih 100 juta Euro (RM473 juta) disertakan dengan terma kontrak selama empat tahun yang akan menyaksikan penyerang itu meraih gaji 30 juta Euro (RM142 juta) semusim.

Pemain berusia 35 tahun itu sebelum ini dilaporkan mendapat tawaran menyertai Paris Saint-Germain (PSG) sekali gus bergandingan bersama Neymar serta Kylian Mbappe.

Bagaimanapun pengkiritik bola sepak Sepanyol, Guillem Balague mendakwa kembali ke La Liga bersama Barcelona adalah satu lagi pilihan terbaik Ronaldo.

Juventus berharap mereka dapat memperoleh kembali sejumlah 99 juta pound (RM536 juta) yang mereka belanjakan untuk mendapatkan khidmat Ronaldo dari Real Madrid.

Sepanjang bersama kelab itu, Ronaldo telah menjaringkan 71 gol dalam 94 penampilan termasuk 6 gol dalam 4 perlawanan Serie A musim ini. Kontraknya dijangka tidak akan disambung kerana faktor usia dan gaji yang mahal.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak dunia melalui pautan dibawah. 

Kelab Liga Divisyen 4 Jepun Ini ‘Miliki Trak 40 Kaki’ Hasil Partnership Dengan Syarikat Logistik Tempatan

Pemain 21 Tahun Ligue 1 Ini Minta Siapa Yang Tak Ada Duit Hubungi Dia