Cristiano Ronaldo yang baru sahaja menyertai Juventus dengan kontrak 4 tahun bernilai €100 juta memberitahu kepada media bahawa beliau menyertai Juventus kerana tidak mahu berada dalam zon selesa selepas menjuarai 3 kali UEFA Champions League berturut-turut bersama Real Madrid dan mahukan cabaran baru dalam karier.

Perpindahan yang mengundang kontroversi kecil oleh pekerja kilang Fiat-Chrysler yang membantah wang besar dibelanjakan untuk seorang pemain bola sepak.

Namun begitu, menurut satu laporan oleh Daily Telegraph, jersi Juventus bernombor 7 dengan nama Ronaldo telah terjual dengan nilai keseluruhannya RM243 juta dalam masa 24 jam!

Jumlah ini boleh dikatakan hampir separuh dari jumlah gaji Cristiano Ronaldo di Juventus!

Menurut satu lagi sumber, dalam tempoh 24 jam itu sebanyak 520,000 helai jersi terjual secara online, dengan setiap helai jersi berharga €105 dan Juventus telah berjaya mengutip secara kasar €54 juta dalam 1 hari sahaja.

Sudah pasti jumlah itu bukan menjadi milik kelab Juventus sahaja, tetapi ia adalah isyarat jelas aura super-star yang dimiliki oleh Cristiano Ronaldo berjaya memberi impak kepada Juventus.