Ketua jurulatih Vietnam bersama skuad AFF Suzuki negara itu telah tiba 3 hari yang lalu di Singapura dan mereka telah ditempatkan di hotel yang ditetapkan bersama 4 lagi pasukan dalam kumpulan B.

Dalam sidang media semalam, Park Hang-seo mendedahkan bahawa sudah ada rungutan dari para pemain pasukannya dimana mereka mula merasa ‘bosan’ dengan makanan yang disediakan di hotel penginapan.

Dari maklumat yang kami ada, semua pemain diberikan makanan yang sudah dibungkus dan mereka akan menjamu selera ditempat makan yang telah disediakan.

Selepas 3 hari berada disitu, hanya menu berasaskan ikan dan ayam sahaja disediakan dan menurut Park Hang-seo, para pemain mahukan menu daging babi pula sebagai hidangan – menurut artikel yang dipetik dari BongdaPlus.

“Pagi tadi (semalam) saya bercakap dengan pemain-pemain dan mereka menyatakan masih kepenatan dari segi mental dan fizikal. Ia berpunca bukan sahaja dari pergerakan amat terhad yang dibenarkan tetapi turut menghadapi masalah makanan.”

“Ini adalah sesuatu yang pemain sendiri perlu selesaikan. Pemain perlu cuba berfikiran positif demi mencari penyelesaian.”

“Pasukan Vietnam makan dan minum bersama 4 lagi pasukan (ditempat yang sama). Saya tahu setiap pasukan mempunyai pemain menganut agama yang berbeza dengan  cara makan yang berbeza.”

“Selepas 3 hari, kami dihidangkan dengan menu yang sama dimana setiap hari hanya ada ayam dan ikan sahaja. Jadi, saya fikir disini mungkin memerlukan fleksibiliti atau perubahan dari pihak penganjur untuk kami menyelesaikan isu ini.”

Walaupun mungkin ada yang akan mengatakan bahawa mereka ini seolah-olah manja dan tidak mahu cuba menyesuaikan diri dengan keadaan dan situasi, tetapi Park Hang-seo cuba membawa perkara ini untuk perhatian penganjur supaya tidak memberikan kesan kepada prestasi pemain-pemainnya.

Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Disebabkan 1 Kesilapan ‘Bodoh’ VFF, Pemain Tengah Vietnam Ini Dihalau Keluar Dari Singapura Serta-Merta

28 Jam Menjelang Sepak Mula, Myanmar Hanya Ada 13 Pemain Termasuk 4 Penjaga Gol Berdepan Singapura.

Pengurus Skuad Thailand Tenang ‘Tabur’ Bonus RM2.5 Juta Jika Muncul Juara AFF Suzuki Cup 2020