Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Minggu lepas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kemudahan i-Sinar akan dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 dengan permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020.

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Ia bermaksud mereka dibenarkan membuat pengeluaran sehingga RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1.

Wabak pandemik itu telah menyebabkan ribuan orang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Dan ia turut menjejaskan perjalanan Liga Malaysia yang terpaksa ditangguhkan serta dibatalkan sehingga memberi kesan kepada pendapatan jurulatih serta pemain tempatan.

Malah, ada dalam kalangan mereka dipotong gaji sebanyak 30 peratus mengikut Garis Panduan Pelarasan Gaji yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 1 Mei lalu.

Siaran Media: FAM Umum Garis Panduan Pelarasan Gaji Pemain & Pegawai PasukanPenangguhan serta merta saingan Liga…

Posted by Football Association of Malaysia on Thursday, April 30, 2020

Situasi itu melayakkan mereka untuk memohon kemudahan i-Sinar berdasarkan kriteria bagi Kategori 1 iaitu ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kategori ini tiada dokumen sokongan diperlukan, mereka akan mendapat kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP dan hanya perlu memohon secara dalam talian melalui mana web kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

“Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021,” kata KWSP dalam satu kenyataan.

129542441_10158701113945629_4815292522011375676_n

Manakala kategori 2 pula, ia adalah untuk mereka yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020.

Berdasarkan kriteria itu, pemain tempatan juga layak jika mereka dipotong gaji sebanyak 30 peratus ke atas bermula 1 Mac 2020 yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

“Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa.

“Jika dokumen tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan. Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021,” kata KWSP dalam satu kenyataan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Safiq Rahim Jadi Pemilik Kelab Liga M3

Tiada Pemain Import, PJ City Guna Khidmat Pemain Tempatan Sepenuhnya

Shahrel Fikri: Perpindahan Ke Selangor Tepat Untuk Karier Dan Masa Depan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group