Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih Police Tero FC, Rangsan Viwatchaichok sudah tidak sabar untuk menggunakan Mohamadou Sumareh dan akan terus menurunkan pemain itu apabila menyertai pasukan.

Sumareh telah sah menandatangani kontrak bersama Police namun pemain itu masih belum menyertai rakan sepasukan yang lain kerana masih menyiapkan dokumen berkenaan perpindahan beliau.

“Ketika ini situasinya masih belum jelas. Jika beliau segera menyertai sesi latihan, maka perkara itu bagus untuk kami. Pasukan boleh meningkatkan kualiti dan Sumareh akan terus diturunkan dalam kesebelasan utama.

Pada masa yang sama, Tanya Wongnak menegaskan semua perkara mengenai kontrak dan dokumen berkaitan perpindahan Sumareh sudah pun selesai dan kini hanya menunggu kehadiran pemain itu.

“Semua perkara mengenai kontrak dan juga dokumen telah siap dan kini hanya menunggu pemain itu untuk terbang ke sini. Bila beliau akan menyertai pasukan, saya juga belum pasti. Apa yang pasti, kehadiran Sumareh akan membantu untuk meningkatkan kualiti pasukan.

“Sumareh sendiri menegaskan bahawa beliau mahu meningkatkan kemampuan dengan beraksi di saingan Thai League,” kata Wongsak.

Pemain pertahanan negara, Dominic Tan terlebih dahulu beraksi bersama Police Tero di mana beliau menyertai kelab tersebut secara tetap bermula awal tahun ini setelah sebelumnya menjalani tempoh pinjaman.

Baca artikel lain mengenai Mohamadou Sumareh di sini:

FAM Beri Kronologi Kes Sumareh Tepis Tuduhan Pahang, PBNP Patut Bertanggungjawab Elak Klausa 8.7 Diaktifkan

TMJ Dedahkan Kontrak Sumareh Ke Selangor Dengan Gaji RM70,000 Sebulan

Hukuman Terhadap Sumareh Bergantung Pada Keputusan FIFA

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group